ad

Penumpang kereta putus kepala kereta dinaiki rempuh lori

21 Sep 2025, 3:01 AM
Penumpang kereta putus kepala kereta dinaiki rempuh lori

SHAH ALAM, 21 SEPT: Seorang lelaki putus kepala apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Taman Permata Impian, Jalan Felda Taib Andak, Kulai, Johor malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.36 malam tadi, lapor portal Berita Harian.

Beliau berkata, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera fire rescue tender (FRT) dan unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba di tempat kejadian yang terletak pada jarak enam kilometer daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kulai pada 10.43 malam.

Menurutnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Firdaus Juritah.

"Pemandu kereta, seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan, orang awam mengeluarkan mangsa dari kereta sebelum anggota bomba tiba. Penumpang di bahagian hadapan tersepit dan maut.

"Mangsa mengalami kecederaan parah termasuk terputus kepala," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.