SHAH ALAM, 20 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan lapan individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran Tuhan Harun dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.
PUTRAJAYA, 20 DIS: Pengusaha feri, bot penumpang dan perkhidmatan feri Roll On Roll Off (RORO) di pulau-pulau utama bakal menerima subsidi diesel berkuat kuasa 1 Januari depan.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Seorang bekas jururawat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita dengan menawarkan bayi untuk dijadikan sebagai anak angkat.
SHAH ALAM, 20 DIS: Tourism Selangor akan melancarkan kempen terbesar Kerajaan Negeri Selangor, Tahun Melawat Selangor 2025.
HULU TERENGGANU, 20 DIS: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) terus menunjukkan komitmennya terhadap bantuan kemanusiaan melalui inisiatif bantuan banjir yang sedang dijalankan, memberikan bantuan penting dan sokongan kepada komuniti yang terjejas banjir di Hulu Terengganu.
KANGAR, 20 DIS: Sebuah parkir bertingkat dengan kapasiti 690 lot parkir akan dibina berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, dekat sini dalam usaha meningkatkan kemudahan untuk pelancong, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Affendi Rajini Kanth.
SHAH ALAM, 20 DIS: Sempena dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengulas prestasi kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
JOHOR BAHRU, 20 DIS: Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Siasatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap sumber bekalan air penduduk Kampung Kelaik, Pos Blau, Gua Musang, Kelantan yang didakwa tercemar akibat aktiviti perlombongan mendapati tiada pelanggaran had piawaian kandungan logam berat berlaku.
SHAH ALAM, 19 DIS: Dua lelaki tempatan ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika keluar memancing di kedudukan 14 batu nautika barat Pulau Pintu Gedong, Selasa lepas.
SHAH ALAM, 19 DIS: Inisiatif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan empat program keusahawanan memberi impak positif apabila berjaya mencatatkan nilai jualan keseluruhan hampir RM331 juta.
JERLUN, 19 DIS: Sebanyak 44,139 orang pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan menerima Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM26.48 juta.
GOMBAK, 19 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencadangkan lima langkah bernas bagi memastikan kebajikan haiwan terus terpelihara di negara ini.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa 2,207 orang rakyat Malaysia ditahan di lebih 50 negara atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga Nov tahun ini.
PUTRAJAYA, 19 DIS: Waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam hingga 8 malam sempena cuti persekolahan bermula Sabtu ini hingga 28 Dis.
PUTRAJAYA, 19 DIS: Prestasi pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada suku ketiga 2024 dengan merekodkan 66.3 juta pelawat dan jumlah perbelanjaan RM25.6 bilion, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
SHAH ALAM, 19 DIS: Lapan daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 5 petang.
PUTRAJAYA, 19 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Malaysia dan Turkmenistan meneruskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama melalui penubuhan suruhanjaya bersama.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Institusi kewangan dalam negara menyekat RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Seramai 288,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun 11 peratus setakat Oktober 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.