ad

Awas anjing liar: Cara lindungi diri

25 Sep 2025, 1:00 PM
Awas anjing liar: Cara lindungi diri

SHAH ALAM, 25 SEPT: Isu anjing liar semakin membimbangkan di Selangor. Awal bulan ini, rakaman seorang kanak-kanak diserang di Cheras tular di media sosial.

Dr Dinesh

Menurut doktor haiwan, Dr Dinesh, anjing liar biasanya menyerang kerana:

  • mempertahankan diri atau anak

  • melindungi makanan

  • rasa takut

  • pengalaman buruk lalu

Cara elak diserang:

  • Jangan ganggu atau dekati anjing liar agresif

  • Elakkan provokasi tanpa sebab

  • Hubungi pihak berkuasa jika mahu membantu, jangan bertindak sendiri

  • Jangan lari atau menjerit

  • Jika diserang, lindungi bahagian penting badan dengan menggulung tubuh

Jika cedera:

  • Luka ringan: cuci dengan air bersih, segera ke klinik

  • Luka serius/kehilangan darah: dapatkan rawatan segera di hospital