KOTA BHARU, 30 DIS: Fenomena banjir yang melanda Kelantan sejak semalam terus membawa cabaran besar apabila berlaku dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang.
SHAH ALAM, 30 DIS : Puluhan ribu umat Islam hadir mengimarahkan Festival Darul Ehsan Berselawat sepanjang tiga hari sejak Jumaat lalu di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam di sini.
IPOH, 29 DIS: Kebanyakan individu yang ditahan dalam Op Pedo pada 23 Dis, memberi alasan tidak mengetahui perbuatan memiliki, menyimpan dan mengedar bahan lucah serta bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM), merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
SUNGAI BULOH, 29 DIS: Penduduk terjejas akibat benteng takungan air Taman Sri Alam di Saujana Utama di sini yang pecah petang tadi mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum air melimpah deras memasuki rumah penduduk berhampiran.
KUALA LUMPUR, 29 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.
KUALA LUMPUR, 29 DIS: Kira-kira 200 rumah dipercayai terjejas susulan kejadian benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam di Saujana Utama pecah dan melimpah ke kawasan taman perumahan itu petang tadi.
SHAH ALAM, 29 DIS: Benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam di Saujana Utama dilaporkan pecah dan melimpah ke seluruh taman perumahan itu petang ini.
PUTRAJAYA, 29 DIS: Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat penumpang Korea Selatan yang terhempas di sebuah lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad, menurut kemas kini terkini oleh Kementerian Luar Negeri.
PUTRAJAYA, 29 DIS: Tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
KUALA LUMPUR, 29 DIS: Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan sekumpulan individu berhimpun di sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 29 DIS: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula hari ini susulan amaran hujan berterusan.
KUALA LUMPUR, 29 DIS: Hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu sehingga esok mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
SHAH ALAM, 29 DIS: Mana-mana individu yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dinasihatkan segera membuat laporan polis supaya tindakan susulan boleh dibuat oleh pihak berkuasa.
JOHOR BAHRU, 28 DIS: Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing di sini hari ini.
SHAH ALAM, 28 DIS: Tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 11 malam ini.
SHAH ALAM, 28 DIS: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 9 malam ini.
PUTRAJAYA, 28 DIS: Sekurang-kurangnya empat rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember, menurut Kementerian Luar pada Sabtu.
KUANTAN, 28 DIS: Sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik terbabas dan terbalik di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhadapan sebuah sekolah di Maran, pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Dis ini.
SHAH ALAM, 27 DIS: Cuaca hujan tidak menghalang lebih 10,000 umat Islam berkumpul bagi mengimarahkan Festival Darul Ehsan Berselawat di Setia Alam di sini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.