KLANG, 1 OKT: Genap 16 tahun menjadi destinasi borong kegemaran rakyat Malaysia, GM Klang meraikan pencapaian itu dengan pengumuman penuh istimewa!
Bermula 1 November 2025, waktu operasi GM Klang akan dilanjutkan dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Inisiatif itu bukan sekadar pelanjutan waktu, tetapi hadiah istimewa buat pelanggan yang setia menyokong sejak hari pertama.
Kini GM Klang menawarkan lebih peluang untuk membeli-belah, menjamu selera dan menikmati pelbagai pengalaman baharu yang lebih santai, fleksibel dan menyeronokkan dari pagi hingga ke malam.
Sebagai simbolik kepada hari pertama pelaksanaan waktu operasi baharu itu, GM Klang akan menganjurkan acara istimewa bertemakan “Ceritera Selangor” pada Sabtu, 1 November 2025.
Acara itu akan disempurnakan Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain dan bakal menyajikan pelbagai pengisian berwarna-warni seperti persembahan seni budaya pelbagai kaum, peragaan busana tradisional serta deretan sajian popular dan ‘viral’ menerusi Festival Makanan “Rasa Fusion Food 3.0”.
Acara itu bukan sahaja simbolik kepada permulaan waktu operasi baharu, malah menandakan permulaan lembaran baharu yang lebih segar, mesra keluarga dan penuh kemeriahan di GM Klang.
“Waktu malam kini akan menjadi nadi baharu yang menghidupkan GM Klang dengan lebih inklusif. Bukan sekadar masa tambahan untuk membeli-belah, tetapi masa untuk komuniti berhimpun, berhibur dan mencipta momen istimewa bersama rakan dan keluarga,” ujar Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang Norsuhaida Othman.
“Pelbagai pengisian telah disusun untuk memeriahkan lagi suasana malam disini. Kami mahu pengalaman di GM Klang bukan hanya melibatkan transaksi, tetapi juga interaksi yang membina dan semua ini disokong dengan kemudahan seperti parkir percuma selepas 6 petang,” kata beliau.
Seiring dengan pelanjutan waktu operasi ini, pelbagai pengisian telah dirancang sebagai sebahagian daripada inisiatif ini.
Antaranya ialah “Night Crazy Deals”, promosi eksklusif harian bermula jam 7 malam; “Monthly Lucky Night Draw: Shop & Win at GM Klang” dengan hadiah utama seperti motosikal dan televisyen pintar; serta siri mingguan “Rioooh Malam Sabtu”, yang bakal menceriakan hujung minggu pengunjung dengan pelbagai tema berbeza.
Langkah strategik ini turut menyokong usaha GM Klang ke arah menjadi hab perdagangan, pelancongan dan komuniti yang progresif menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Untuk informasi lanjut, aktiviti mingguan dan senarai promosi terkini, layari www.gmklang.com atau ikuti laman sosial rasmi GM Klang. Siaran media ini dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Jenama GM Klang.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan media, sila hubungi Nurhani Yasmeen di talian 012-2851152 atau emel ke yasmeen@gmklang.com.




