SHAH ALAM, 6 JAN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak merit semakan kehakiman oleh pengarah dan penerbit Mentega Terbang terhadap larangan tayangan dan publisiti filem itu.
IPOH, 6 JAN: Seorang wanita berjaya menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandunya terbakar setelah terbabas dalam kemalangan di Kampung Baru Air Kala Jalan Lenggong–Gerik dekat Lenggong hari ini.
KUANTAN, 6 JAN: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika memancing di rumah rakit di Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut Sabtu lepas, ditemukan lemas hari ini.
KUANTAN, 6 JAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.
KOTA BHARU,6 JAN: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengesahkan telah menerima peruntukan RM20 juta bagi membaiki infrastruktur pertanian yang terkesan banjir di Kelantan baru-baru ini.
JOHOR BAHRU, 5 JAN: Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai di sini, petang tadi.
KUALA LUMPUR, 5 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les' Copaque bertajuk ‘Dongeng Sang Kancil’ mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
BANGI, 5 JAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
KUALA LUMPUR, 5 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.
SUNGAI PETANI, 5 JAN: Duit simpanan keluarga seorang nelayan untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman kereta hampir RM5,000 hangus dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Tanjung Dawai di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 5 JAN: Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
SHAH ALAM, 5 JAN: Gudang memproses dan menyimpan racun tikus milik sebuah syarikat pengeluar minyak sawit di Bestari Jaya, Kuala Selangor musnah 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 5 JAN: Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam, sambil menegaskan tindakan sedemikian tidak mencerminkan budaya dan etika rakyat Palestin.
OLEH AMIRAHWANI RAHIMI SHAH ALAM, 5 JAN: Sumbangan pascabah Selangor kepada Kelantan, baru-baru ini mencerminkan keprihatinan dan ketelusan kepimpinan negeri, di sebalik pentadbiran berlainan politik. Mengulas perkara itu, penganalisis politik Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata tindakan...
KUALA LUMPUR, 5 JAN: Warga Palestin yang membuat kecoh dan merosakkan barang di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) di sini semalam seperti tular di media sosial dipercayai berpunca kerana mahu proses permohonan mereka pulang ke Palestin dipercepatkan.
BANGKOK, 4 JAN: Atlet paragliding negara, Muhammad Nurniqmat Ruslan meninggal dunia selepas terjatuh ketika menjalani latihan di pantai Hua Hin, Prachuap Khiri Khan di sini Jumaat lalu.
ALOR GAJAH, 5 JAN: Polis menemukan komponen rim besi dipercayai tayar lori yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara 23 Disember lalu.
ALOR SETAR, 4 JAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menemukan dua bot yang membawa hampir 300 pendatang warga Myanmar di kawasan dua batu nautika barat daya Pulau Rebak, Langkawi, semalam.
CYBERJAYA, 4 JAN: Program kesedaran tentang kecerdasan buatan (AI) akan menjadi agenda utama Kementerian Digital tahun ini bagi memastikan rakyat mendapat manfaat terbaik daripada penggunaan teknologi digital yang berkembang pesat.
KUANTAN, 4 JAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, dekat sini petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.