ad

MetMalaysia: Amaran hujan lebat, angin kencang di lima negeri

5 Okt 2025, 2:35 PM
MetMalaysia: Amaran hujan lebat, angin kencang di lima negeri

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 11 malam esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu); serta Pahang (Maran dan Pekan).

Di Sarawak pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kapit (Belaga) dan Miri (Telang Usan), manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), serta Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

-- BERNAMA