Oleh Danial Dzulkifly BANGI, 13 JUN: Kerja baik pulih Jalan Genting Peras yang menghubungkan Hulu Langat, Selangor ke Jelebu, Negeri Sembilan kini dalam proses pengukuhan struktur cerun di sepanjang laluan berkenaan. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata cabaran utama bukan...
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Malaysia akan menghantar wakil bagi menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu depan, yang bertujuan membincangkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.
SHAH ALAM, 13 JUN: Penggunaan peranti had laju (SLD) ke atas kenderaan perdagangan termasuk bas ekspres dan persiaran dikuatkuasakan secara berperingkat bermula 1 Oktober ini.
HULU LANGAT, 13 JUN: Selangor akan memperkenal beberapa inisiatif baharu dalam belanjawan 2026 bagi terus memperkasa ekosistem pendidikan negeri merentas semua peringkat.
SHAH ALAM, 13 JUN: Selangor berhasrat mengukuhkan kerjasama dengan Perbadanan Pesawat Komersial China (Comac) dalam usaha meletakkan negeri ini sebagai hab aeroangkasa serantau.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan 14 orang setakat ini.
PUCHONG, 13 JUN: Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec) hari ini melancarkan Retail-X 2025, edisi terbaharu program pemecut utama negeri yang menawarkan ganjaran dan sokongan bernilai sehingga RM300,000 kepada syarikat PKS runcit B2C yang berpotensi tinggi di Malaysia.
Oleh Ufairah Tarmidzi SHAH ALAM, 13 JUN: Menampilkan selebriti atau agamawan sebagai duta antara taktik agensi pelancongan 'memancing' bakal jemaah yang berhasrat menunaikan ibadah haji atau umrah. Justeru, ketua bimbingan Juara Travel & Tours Sdn Bhd menasihati orang ramai supaya bijak...
Oleh Samantha Tan Chiew Tieng PUTRAJAYA, 13 JUN: Ledakan maklumat tanpa sempadan menjadikan media bukan sekadar saluran penyampaian berita, tetapi turut berperanan sebagai benteng menangkis maklumat palsu yang boleh menggugat kestabilan negara, selain berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang...
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Pelajar komunikasi atau mereka yang berminat menceburi bidang kewartawanan digalakkan hadir ke Karnival Hawana 2025 yang berlangsung tiga hari di Sunway Putra Mall, bermula esok hingga Ahad ini.
PUTRAJAYA, 13 JUN: Malaysia menyatakan solidariti kepada kerajaan dan rakyat India, United Kingdom, Portugal dan Kanada susulan nahas tragik pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Ahmedabad pada 12 Jun.
IPOH, 13 JUN: Polis telah membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang guru yang dipercayai membuat hantaran jelik di media sosial berhubung kemalangan maut membabitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lepas.
MELAKA, 12 JUN: Kerajaan negeri perlu memberikan keutamaan kepada bidang kritikal yang berupaya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pembangunan negara secara menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
IPOH, 12 JUN: Pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Isnin lepas, ditahan polis petang tadi.
SHAH ALAM, 12 JUN: Tiga karya agung Islam bakal jadi tumpuan utama Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025 yang berlangsung sembilan hari mulai 12 Julai.
SHAH ALAM, 12 JUN: Sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang dekat sini rosak teruk selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian petang tadi.
SHAH ALAM, 12 JUN: Jajaran Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SAE (KESAS) ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Persimpangan Bertingkat Banting akan melaksanakan kutipan tol bermula pada 12.01 tengah malam ini.
BANGI, 12 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 34,819 laporan berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam tempoh lima tahun dari 2020 hingga April 2025.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.