Jualan Mantai Syawal tawar daging RM30 sekilo, 9,000 kupon RM5 diedar

16 Mac 2026, 5:09 AM
Jualan Mantai Syawal tawar daging RM30 sekilo, 9,000 kupon RM5 diedar
Jualan Mantai Syawal tawar daging RM30 sekilo, 9,000 kupon RM5 diedar
Jualan Mantai Syawal tawar daging RM30 sekilo, 9,000 kupon RM5 diedar
Jualan Mantai Syawal tawar daging RM30 sekilo, 9,000 kupon RM5 diedar

SELAYANG, 16 MAC: Jualan Mantai Syawal pada Program Jualan Agro MADANI (JAM) di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang menawarkan daging segar pada harga RM30 sekilogram, lebih murah daripada pasaran.

Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Anfaal Saari berkata pihaknya turut menyediakan 9,000 kupon bernilai RM5 kepada pengunjung bagi membantu meringankan perbelanjaan persiapan Aidilfitri.

“Kita panggil 'Mantai’ iaitu jualan persiapan untuk Syawal, daging segar dan ayam juga disediakan. Sebanyak 1,000 ekor ayam, santan 150 kilogram dan 10 ekor lembu disediakan, setiap daging dijual pada harga RM30 sekilo banding di pasaran RM35 sekilo. Ini harga yang sangat mampu milik untuk rakyat.

“Jualan ini bermula jam 7 pagi tadi sehingga jam 3 petang atau sampai habis. Semua warga Taman Templer dan yang berhampiran Selayang dijemput untuk datang membeli sebagai persiapan memasak juadah Syawal nanti,” katanya.

Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Anfaal Saari mengagihkan rendang ayam percuma ketika Program Jualan Agro MADANI pra syawal di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang pada 16 Mac 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Ditemui selepas merasmikan program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan kehadiran 5,000 pengunjung dengan nilai jualan sekitar RM150,000.

“Program turut menawarkan barangan kawalan serta produk keperluan asas yang lain dengan potongan harga antara 10 peratus hingga 30 peratus,” katanya.

Pada program sama, Anfaal turut mengedarkan rendang ayam dan sayur secara percuma kepada pengunjung terawal.

Sebanyak 55 lot jualan melibatkan 29 usahawan tempatan turut disediakan bagi memberi peluang kepada peniaga memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.