CHUKAI, 9 JAN: Seorang peniaga kedai mainan, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini atas dakwaan memiliki 148 laras senjata tiruan.
IPOH, 9 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 140 kilogram (kg) masak peket 1 kg selepas menyerbu sebuah premis di Batu Kurau, Taiping, apabila peniaga di premis berkenaan didapati menjual minyak tersebut hanya kepada orang yang tertentu sahaja.
SHAH ALAM, 8 JAN: Seorang kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Sebanyak 13 lagi pegawai pemeriksa kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di ibu negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat.
JOHOR BAHRU, 8 JAN: Seorang lelaki maut ditembak di sebuah restoran di Taman Setia Indah, di sini dalam kejadian pada 12 tengah hari tadi.
KOTA BHARU, 8 JAN: Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menganiaya dua anak tiri sehingga mengalami kecederaan dalam kejadian di Pengkalan Chepa, Jumaat lepas.
KUANTAN, 8 JAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian RM160,000 setelah terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud bulan lepas.
IPOH, 8 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas produk pencuci pakaian berjenama disyaki tiruan dalam dua serbuan berasingan di Seri Iskandar dan Taiping, semalam.
SANDAKAN, 8 JAN: Wanita maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Buli Sim Sim di sini, malam tadi.
ALOR SETAR, 8 JAN: Suami maut, isteri cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler di KM37.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung di Jitra, malam tadi.
KOTA BHARU, 7 JAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas dua treler, lebih 35 metrik tan beras serta 14 ekor lembu dianggarkan bernilai lebih RM800,000 dalam dua rampasan berasingan di Pasir Mas dan Tanah Merah, hari ini dan semalam.
IPOH, 7 JAN: Dua guru sebuah taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak di bawah jagaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mati lemas, pada April 2023.
SEGAMAT, 7 JAN: Wanita kerugian lebih RM200,000 akibat terperangkap dengan sindiket 'love scam' membabitkan pemberian hadiah berupa wang tunai berjumlah RM4 juta.
SHAH ALAM, 7 JAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan dan empat lelaki termasuk dua warga Myammar, kerana menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran di kedudukan 2.55 batu nautika barat Sungai Janggut, Klang, dekat sini pagi tadi.
BUKIT MERTAJAM, 7 JAN: Seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menikam ibu saudaranya, Jumaat lepas.
SEPANG, 7 JAN: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu ditemukan selamat pada 11.15 malam semalam.
KOTA BHARU, 6 JAN: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki menyeludup hampir 2,000 kilogram karkas khinzir dianggar bernilai RM165,696 di Kampung Tasek Kwong, Lubok Stol, Rantau Panjang, Sabtu lepas.
KUALA TERENGGANU, 6 JAN: Seorang penjawat awam direman lima hari kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan menyokong dan memperakukan dokumen tuntutan bayaran bagi lima projek di sebuah universiti awam di negeri ini.
SHAH ALAM, 6 JAN: Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.
JERTIH, 6 JAN: Seorang lelaki yang terjun ke sungai dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam di sini malam tadi kerana cuba melarikan diri daripada serbuan polis, ditemukan lemas pagi ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.