SEPANG, 25 JULAI: Seramai 198 warga asing ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 semalam kerana cuba memasuki negara ini tanpa tujuan yang jelas, selain tidak memenuhi keperluan asas seperti kewangan mencukupi dan tempat penginapan.
IPOH, 24 JULAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah merampas pelbagai peralatan dan sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM21 juta dalam satu operasi bersepadu di sebuah kilang haram di Mukim Bagan Sena dekat Kulim, Kedah semalam.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan enam individu bagi membantu siasatan program motivasi rumah tangga eHATI yang dipercayai bercanggah dengan hukum syarak.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun manakala isterinya didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku mendera anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun 11 bulan menggunakan kulit durian, minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Polis menahan bapa saudara kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan yang maut akibat digigit anjing di Kampung Orang Asli Sungai Buloh, semalam.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Seorang lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas lima pertuduhan membabitkan liwat, amang seksual dan rompak terhadap dua kanak-kanak dan dua remaja lelaki antara April dan Jun lepas.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti identiti enam rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Kemboja kerana disyaki cuba menyeludup hampir 62 kilogram (kg) ganja ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 16 Julai lepas.
IPOH, 23 JUL: Polis menemukan satu rangka manusia di dalam sebuah rumah kayu lama dua tingkat di Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan pada Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 23 JUL: Jenayah keldai akaun menunjukkan trend membimbangkan dengan ribuan rakyat Malaysia termasuk pelajar menjadi alat sindiket jenayah kewangan yang menjanjikan keuntungan mudah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa.
KUALA LUMPUR, 23 JUL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan ancaman luar disyaki didalangi agensi perisikan asing yang berpotensi menjejaskan keselamatan negara.
IPOH, 23 JULAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sisa elektronik (e-sisa) bernilai RM31,337,000 dalam serbuan ke atas sebuah kilang haram yang beroperasi di kawasan ladang kelapa sawit di Parit, semalam.
MELAKA, 23 JULAI: Seorang anggota unit rondaan bermotosikal (URB) berpangkat Lans Koperal cedera ringan selepas dilanggar kereta pasangan kekasih yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Peruna 1, Bukit Rambai, petang semalam.
JOHOR BAHRU, 22 JULAI: Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerugian RM267,888 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang diiklankan menerusi Facebook.
BALIK PULAU, 22 JULAI: Seorang doktor lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan seorang pesakit wanita di sebuah klinik swasta di Bayan Baru, di sini semalam.
IPOH, 22 JULAI: Tiga warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 328.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Tapah ke Bidor hari ini.
JOHOR BAHRU, 22 JUL: Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerugian RM267,888 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang diiklankan menerusi Facebook.
PUTRAJAYA, 22 JULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyita seunit telefon bimbit serta kad SIM seorang pengguna aplikasi TikTok, yang disyaki memuat naik dua kandungan berunsur palsu dan jelik melampau melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SEREMBAN, 22 JULAI: Ahli perniagaan kerugian lebih RM1 juta akibat terperdaya skim pelaburan dalam talian tidak wujud April lalu.
SANDAKAN, 22 JULAI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak diesel, petrol dan tong gas bernilai RM830,000 ke negara jiran dengan penahanan sebuah bot kumpit di 0.8 batu nautika di perairan Tanjung Aru di sini awal pagi tadi.
KANGAR, 21 JUL: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 23 kilogram (kg) dadah jenis bunga ganja dianggar bernilai RM690,000 di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.