Dron bantu gagalkan cubaan PATI larikan diri, 32 ditahan

26 Jun 2026, 10:00 AM
Dron bantu gagalkan cubaan PATI larikan diri, 32 ditahan
Dron bantu gagalkan cubaan PATI larikan diri, 32 ditahan

SHAH ALAM, 26 JUN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di Taman Kinrara, Puchong semalam, dengan cubaan mereka melarikan diri berjaya dipatahkan hasil penggunaan teknologi dron.

JIM memaklumkan operasi bermula jam 12 tengah hari itu membabitkan 46 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM serta tujuh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya yang menjalankan pemeriksaan di sebuah kawasan perniagaan.

Menurutnya, dron digunakan sebagai aset sokongan bagi memantau pergerakan di lokasi operasi, sekali gus membantu anggota penguat kuasa menjejak laluan dan lokasi persembunyian warga asing yang cuba meloloskan diri.

"Hasil pemeriksaan terhadap 18 premis perniagaan dan 117 individu, JIM menahan 32 warga asing terdiri daripada warganegara Myanmar, Indonesia, India, Bangladesh dan Pakistan berusia antara 22 hingga 43 tahun," maklumnya menerusi kenyataan.

Dalam operasi sama, JIM turut mengeluarkan empat Borang 29 (saman) kepada warganegara tempatan bagi membantu siasatan, manakala KPDN mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM600 di bawah Akta Antipencatutan 2011 terhadap pemilik premis.

Kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 sebelum dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.