Bayi 11 bulan meninggal dunia, pengasuh ditahan

25 Jun 2026, 1:59 PM
Bayi 11 bulan meninggal dunia, pengasuh ditahan

SUNGAI PETANI, 25 JUN: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia hari ini selepas didakwa terjatuh sewaktu makan di rumah pengasuhnya di Bedong pada 22 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata bayi berkenaan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 10.42 pagi tadi.

“Dalam kejadian pada 22 Jun lepas, bapa mangsa menerima panggilan telefon pada 2.15 petang daripada pengasuh memaklumkan anaknya terjatuh daripada kerusi semasa disuapkan makan.

“Pengasuh turut memaklumkan bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata susulan itu polis menahan seorang wanita berusia 30-an bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.