Polis gagalkan cubaan seludup masuk 26 PATI di Sepang

26 Jun 2026, 9:00 AM
Polis gagalkan cubaan seludup masuk 26 PATI di Sepang

SHAH ALAM, 26 JUN: Polis menggagalkan cubaan menyeludup masuk 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di persisiran pantai Sungai Manggis, Sungai Belangkan, Sepang, pada Ahad lepas.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Shohaiami Ismail berkata kesemua 26 PATI terdiri 20 lelaki dan lima wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai baru tiba di negara ini

Jelas beliau, dalam Ops Taring Nyah 1 Selangor pada 6 pagi itu, tiga lelaki warga Indonesia disyaki bertindak sebagai jurupandu arah turut ditahan.

“Operasi berkenaan dilaksanakan Kompeni C Batalion 6 PGA dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.