Kematian bayi dalam jagaan pengasuh: Polis tunggu keputusan makmal

26 Jun 2026, 7:00 AM
Kematian bayi dalam jagaan pengasuh: Polis tunggu keputusan makmal

SHAH ALAM, 26 JUN: Polis masih menunggu keputusan makmal bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di Pantai Dalam, Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.08 malam, selepas bayi terbabit dibawa ke hospital oleh ibu dan pengasuhnya dalam keadaan tidak bernyawa.

Menurutnya, ibu mangsa dimaklumkan pengasuh pada jam 5.04 petang bahawa bayi itu tidak sedarkan diri selama kira-kira 30 minit ketika berada di rumah pengasuh berkenaan.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada dalam jagaan pengasuh.

Kejadian disedari selepas pengasuh menghubungi ibu mangsa kira-kira jam 5 petang bagi memaklumkan bayi berkenaan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, ibu mangsa meminta pengasuh membawa bayi itu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun perkara itu tidak dilakukan.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa gagal apabila pegawai perubatan mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia pada jam 6.08 petang.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.