Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang, berkuat kuasa hari ini.
Polis telah merakamkan keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang
Lori terbabit kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang semalam dipercayai kali terakhir diselenggara April lalu.
Polis menahan lapan lelaki termasuk enam pendatang tanpa izin yang ditemukan berbaring di belakang sebuah lori satu tan di tepi jalan Pekan Bedong, dekat Kuala Muda, semalam.
Seorang lelaki putus kepala apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Taman Permata Impian, Jalan Felda Taib Andak, Kulai, Johor malam tadi.
Lima lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Sulaman Gayang di hadapan Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia, di sini pada 2.09 petang tadi.
Insiden pada 7.30 pagi di KM129.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan melibatkan enam lori, lima kereta dan sebuah van
IPOH, 30 JULAI: Sebuah lori disaman RM300 selepas didapati menghalang laluan jentera milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), yang sedang menggunakan siren kecemasan ketika dalam perjalanan ke satu lokasi di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Polis menahan tiga remaja yang disyaki terbabit dalam insiden melarikan seorang lelaki menggunakan lori ketika berlaku pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Subang Jaya, pada Selasa.
KUANTAN, 12 JULAI: Seorang guru maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu bertembung dengan sebuah lori di Jalan Besar Jengka 20 dekat Maran hari ini.
IPOH, 18 MEI: "Anak perempuan saya hari-hari menangis dalam tidur.
TELUK INTAN, 16 MEI: Pemilik syarikat lori telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, Selasa lepas.
BALIK PULAU, 13 MEI: Sebuah lori membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik berhampiran dengan selekoh di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih berhampiran JTS Viewing Point di sini, malam tadi.
MACHANG, 6 MEI: Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer (KM) 50.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.
IPOH, 16 APRIL: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori di Kilometer 67, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Tapah, hari ini.
SEPANG, 13 APRIL: Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke Cyberjaya di sini semalam, dipercayai akibat kerosakan brek.
SEREMBAN, 10 MAC: Anggota polis lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan lori di di KM 9 Jalan Gemencheh-Batang Melaka, dekat sini malam tadi.
ALOR SETAR, 9 MAC: Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 71.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan dekat Pendang hari ini, menyebabkan lorong di laluan berkenaan terhalang.
KOTA BHARU, 25 JAN: Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dan sebuah Perodua Alza di Jalan Kuala Krai-Gua Musang awal pagi tadi.
KUANTAN, 4 NOV: Seorang pekerja bengkel besi yang sedang makan di sebuah warung maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah lori merempuh warung tersebut di persimpangan Kampung Seri Damai Baru, Batu 8, Jalan Kuantan-Maran, di sini petang tadi.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.