Tiga maut, Myvi bertembung lori tangki

31 Jul 2026, 3:54 AM
Tiga maut, Myvi bertembung lori tangki
Tiga maut, Myvi bertembung lori tangki

SHAH ALAM, 31 JULAI: Tiga maut apabila lori tangki membawa muatan diesel bertembung dengan sebuah Perodua Myvi di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Gua Sejuk, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian terbabit, tiga mangsa yang maut masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa serta kanak-kanak lelaki, lapor Berita Harian.

Seorang wanita juga dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan berkenan kejadian terbabit pada 7.16 pagi.

Beliau berkata, operasi membabitkan dua jentera dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang.

"Lori tangki berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Pertembungan berkenaan menyebabkan mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan penyelamatan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan lanjut dan mayat kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.