Jumlah mangsa banjir di Perak, Kedah dan Pulau Pinang meningkat kepada 4,743 orang malam ini, berbanding 4,252 orang petang tadi.
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk mengekalkan garis panduan serta amalan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah di seluruh negara
Polis menahan tiga lelaki susulan kejadian pergaduhan yang tular di tepi Jalan Setia Y U13/Y, Bandar Setia Alam di sini semalam.
Jabatan Imigresen berjaya menyelamatkan 40 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya, dekat sini, semalam.
Cabaran beregu campuran negara di Terbuka Perancis berakhir selepas kedua-dua pasangan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai, tewas pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne, hari ini.
Belanjawan Selangor 2026 akan memberi tumpuan kepada projek naik taraf bagi menangani isu banjir demi manfaat rakyat.
Banjir yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama pada Khamis bukan sahaja menenggelamkan kawasan penempatan penduduk, malah turut menjejaskan Tanah Perkuburan Islam Kampung Toh Johan, Kuala Trong, di sini.
Lima ekor lembu berkeliaran di sekitar Jalan Persiaran Banting Baru yang mengganggu ketenteraman awam ditangkap Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam operasi di Taman Banting Baru, baru-baru ini.
Polis menahan tiga lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kejadian bunuh, membabitkan seorang wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini, pada Sabtu.
Taburan hujan yang tinggi dan berterusan, selain pertembungan dengan fenomena air pasang dikenal pasti sebagai punca utama banjir kilat di beberapa kawasan di Manjung, Larut Matang dan Selama (LMS), Kerian serta Kinta semalam.
Keadaan cuaca mendung tidak menghalang pelumba Sepanyol itu daripada muncul pelumba terpantas pada sesi latihan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2025.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjurkan Program Kitar Semula (Thrash to Cash) di Taman Sierra Ukay, Ampang, pada Ahad ini.
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya berusia 10 tahun dengan sebilah parang, dua hari lepas.
Kutipan tol bagi Seksyen 1 Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) akan mula dilaksanakan pada 12.01 tengah malam ini (25 Okt), selepas hampir dua bulan pengguna menikmati tol percuma sejak laluan itu dibuka pada 30 Ogos lepas.
Kerajaan Negeri memantau rapat situasi banjir susulan hujan lebat. Amirudin Shari yakin Nadma dan kementerian berkaitan mempergiat bantuan, sementara Selangor fokus kepada kesiapsiagaan negeri.
Hari ini, 24 Oktober dalam tahun 1968, Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris merasmikan kempen tanam semula getah negeri Selangor di Sekolah Kebangsaan Kampung Endah, Banting.
Kerajaan Selangor mempertingkatkan pemantauan di kawasan berisiko banjir khususnya ketika musim peralihan monsun dan fenomena air pasang besar
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak hingga esok. Hujan lebat turut dijangka melanda Selangor hingga 7 malam ini.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Pertandingan Anugerah Tandas Bersih Shah Alam 2025 bagi mengiktiraf premis yang mengekalkan tahap kebersihan dan keselesaan tandas awam.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terus komited mendidik generasi muda mengenai kepentingan penjimatan air menerusi Peraduan Misi Jimat Air Bersama BoBoiBoy 2025, yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.