JOHOR BAHRU, 25 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.12 petang tadi.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 18 kilometer (km) barat daya Batu Pahat.
“Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
TAG; MetMalaysia, gempa bumi, Perairan Batu Pahat, ancaman tsunami







