Tat Bengkulu diusahakan jadi Makanan Warisan Selangor

25 Ogos 2026, 2:00 PM
Tat Bengkulu diusahakan jadi Makanan Warisan Selangor
Tat Bengkulu diusahakan jadi Makanan Warisan Selangor
Tat Bengkulu diusahakan jadi Makanan Warisan Selangor
Tat Bengkulu diusahakan jadi Makanan Warisan Selangor

SHAH ALAM, 25 OGOS: Usaha mengangkat Tat Bengkulu sebagai Makanan Warisan Negeri Selangor sedang digerakkan menerusi kerjasama pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan identiti serta keasliannya terus dipelihara.

EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata Bengkel Focus Group Discussion (FGD) yang diadakan baru-baru ini menjadi platform penting untuk memperincikan ciri, identiti dan nilai budaya makanan tradisional berkenaan.

“FGD ini penting dalam memperincikan dan menetapkan ciri-ciri Tat Bengkulu, termasuk sejarah, identiti, bahan, bentuk dan motif, juga mengenai kaedah penyediaan serta nilai budayanya,” katanya.

Menurutnya, dapatan dan kesepakatan daripada bengkel itu akan disusun serta didokumentasikan sebagai asas kepada proses seterusnya ke arah pewartaan Tat Bengkulu sebagai Makanan Warisan Negeri Selangor.

Bengkel FGD yang berlangsung Isnin lalu turut menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, agensi kerajaan, pengusaha serta pewaris komuniti Bengkulu.

Borhan berkata usaha pewartaan berkenaan bukan sekadar memberi pengiktirafan kepada makanan tradisional, malah bertujuan memastikan identiti serta keasliannya terus dipelihara.

“Bagi Kerajaan Negeri, usaha memelihara warisan tidak boleh berhenti selepas sesuatu itu diwartakan.

“Pewartaan ini sepatutnya menjadi titik permulaan kepada usaha yang lebih berterusan melalui pendokumentasian, penganjuran program, promosi serta pemindahan ilmu kepada generasi seterusnya,” katanya.

Usaha mengangkat Tat Bengkulu itu meneruskan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara makanan warisan Selangor selepas Nasi Ambeng diisytiharkan sebagai Makanan Warisan Selangor pada 2022.

Sate Kajang pula diwartakan sebagai objek bersejarah pada 2025, sekali gus mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri melindungi khazanah makanan dan budaya yang mempunyai nilai sejarah kepada masyarakat Selangor.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.