SHAH ALAM, 30 JAN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan merai keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini.
GOMBAK, 28 JAN: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengimbang di antara kemajuan dan kebudayaan bagi memastikan kesejahteraan penduduk.
SHAH ALAM, 15 JAN: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat ke Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei hari ini.
SHAH ALAM, 6 JAN: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun ini dijadual berlangsung 10 hari bermula 27 Februari ini.
SHAH ALAM, 30 DIS: Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Darul Ehsan Berselawat di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam esok bermula jam 2 petang.
KUALA SELANGOR, 26 DIS: Lebih 18,000 keluarga berpendapatan rendah menerima manfaat daripada 72 penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Kuala Selangor sejak Ogos lalu.
PETALING JAYA, 24 DIS: Penggiat seni muda menyambut baik usaha Kerajaan Negeri memartabatkan warisan seni dan budaya melalui program Rentak Selangor.
SHAH ALAM, 15 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan membawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melawat ke sekitar Istana Alam Shah semalam.
SHAH ALAM, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap pakar kaligrafi Arab dari Jepun.
SABAK BERNAM, 10 DIS: Dato’ Menteri Besar menyantuni penduduk sekitar Sungai Besar dengan bersarapan di Warung Rijab Ustaz di sini pagi ini.
SHAH ALAM, 3 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Hulu Selangor sehingga 7 malam ini.
SHAH ALAM, 1 DIS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melawat bangunan kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur semalam.
SHAH ALAM, 25 NOV: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyeru umat Islam mengambil iktibar daripada konflik yang berlaku Palestin.
SHAH ALAM, 22 NOV: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi makam ayahanda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Makam Diraja Klang semalam.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH KUALA LUMPUR, 21 NOV: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Kejohanan Golf Amal Raja Muda Selangor (RMS) di Kuala Lumpur Golf and Country Club di sini hari ini. Majlis penutup kejohanan disertai 124 pemain daripada...
GOMBAK, 18 NOV: Kerajaan Negeri serius menangani isu banjir terutama melibatkan kawasan yang kerap dinaiki air dengan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
SHAH ALAM, 16 NOV: Dato' Menteri Besar mempelawa orang ramai mengimarahkan Majlis Ilmu Selangor Madani di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor petang ini.
SHAH ALAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri meneliti kaedah sesuai memastikan bayi yang tinggal di Selangor layak menerima inisiatif Iltizam Anak Selangor (ANAS) bernilai RM500 meskipun lahir di negeri lain.
GOMBAK, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar meneruskan tradisi menziarahi masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sempena sambutan Deepavali semalam.
GOMBAK, 12 NOV: Semangat keharmonian perpaduan harus dikekalkan dan diterjemah dalam masyarakat terutama apabila berdepan isu antarabangsa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.