IPOH, 17 DIS: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Irhamy Valuers International Sdn Bhd (Irhamy Valuers), sebahagian daripada Juwai IQI menjangka pelabuhan kargo di Malaysia mengendalikan 778 juta tan metrik barangan pada akhir tahun ini, mencatatkan manfaat ekonomi bernilai RM657 bilion.
SHAH ALAM, 17 DIS: Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 10 malam, menurut Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia).
PUTRAJAYA, 17 DIS: Malaysia mencatatkan perkembangan yang amat positif dalam pelaksanaan teknologi 5G dengan lebih 52 peratus pengguna kini menikmati akses kepada rangkaian itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
SHAH ALAM, 17 DIS: Hampir semua daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 9 malam.
SHAH ALAM, 17 DIS: Hampir 7,000 rakyat Selangor menjalani pemeriksaan kesihatan percuma setakat ini dengan 38 peratus daripadanya adalah penduduk berusia 46 hingga 64 tahun.
KUALA TERENGGANU, 17 DIS: Seorang pengurus kedai kerugian RM81,050 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud di aplikasi WhatsApp.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ARAU, 17 DIS: Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat, khususnya dalam menghadapi bencana banjir.
SHAH ALAM, 17 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor hingga 5 petang ini.
PASIR MAS, 17 DIS: Seorang lelaki mengambil inisiatif membina pondok di atas pokok di hadapan rumahnya di Kampung Kubang Tebakang, di sini bagi menghadapi musim tengkujuh yang belum berakhir.
SHAH ALAM 17 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu hingga Khamis.
KOTA BHARU, 17 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan membuat rondaan secara berkala untuk memantau pergerakan tanah di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini yang runtuh semalam.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Bekas Ketua Menteri Sabah Tun Musa Aman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Jan 2025.
SHAH ALAM, 17 DIS: Kumpulan AmanahRaya melancarkan misi bantuan pascabah ke daerah sekitar Kedah dan Kelantan menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya pada 14 dan 15 Disember lalu.
JOHOR BAHRU, 17 DIS: Situasi banjir di Johor kekal tidak berubah dengan jumlah mangsa seramai 36 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Seorang wanita tempatan ditahan Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera bayi lelaki berusia 11 bulan di sebuah taska di Puncak Alam, Selangor.
KOTA BHARU, 16 DIS: Sebanyak 113 buah kampung yang terletak di empat daerah di Kelantan diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu hingga Sabtu ini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
IPOH, 16 DIS: Seorang nelayan berusia 30 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot sewaktu membaiki kenderaan itu di sebuah pelantar ikan di Hutan Melintang di Bagan Datuk petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.