ad

Raja Muda Selangor kunjungi Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025

24 Sep 2025, 9:55 AM
Raja Muda Selangor kunjungi Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025
Raja Muda Selangor kunjungi Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025
Raja Muda Selangor kunjungi Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025
Raja Muda Selangor kunjungi Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025
Raja Muda Selangor kunjungi Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025

SHAH ALAM, 24 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, di sini hari ini.

Tengku Amir Shah turut menyampaikan hadiah kepada 10 peserta akhir CRE8Fund, program yang menyediakan peluang pembiayaan berjumlah RM80,000 kepada syarikat pemula.

Baginda diiringi EXCO Keusahawanan Najwan Halimi yang turut melawat reruai seni selain beramah mesra dengan penggiat industri.

Sementara itu Najwan ketika ucapan sembah hormat berkata, SCEE25 merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025-2035 yang bakal dilancar November ini.

“Penganjuran ekspo ini merupakan langkah hala tuju untuk memacu ekonomi kreatif ke arah lebih maju. Walaupun program dianjur ketika hari bekerja, kita terima sambutan menggalakkan.

“Insya-Allah program ini akan diteruskan pada masa akan datang dan ditambah baik dengan lebih ramai penyertaan dan acara,” katanya.

SCEE25 menjadi platform untuk mengangkat Selangor sebagai hab kreatif serantau dengan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM20 bilion menjelang 2035.

Sepanjang dua hari berlangsung, program yang dianjurkan bersama Selangor Youth Community (SAY) mengetengahkan enam pemangkin utama merangkumi pembangunan bakat, akses pasaran dan pembiayaan.

Turut ditekankan pada program bertema ‘Re:Imagine Selangor-Creativity is the New Economy’ adalah aspek kesiapsiagaan infrastruktur, pemerkasaan digital serta tatakelola yang mantap.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.