PUTRAJAYA, 4 JAN: Pengembara warganegara Malaysia perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
KUALA SELANGOR, 4 JAN: Kerajaan Negeri sedia mengkaji semula garis panduan penganjuran acara hiburan bagi memastikan insiden membabitkan kematian pengunjung tidak berulang.
KULAI, 4 JAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan sebanyak 63,652 kandungan berunsurkan penipuan dalam media sosial tahun lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
SHAH ALAM, 4 JAN: Enam daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Sepang diramal hujan lebat hingga 6 petang ini.
KUALA SELANGOR, 4 JAN: Longkang dan saliran di kawasan perumahan Taman Seri Alam, Saujana Utama dekat sini yang terjejas banjir minggu lalu perlu dibersihkan bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
KUALA SELANGOR, 4 JAN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 327 sampel positif virus 'human metapneumovirus' (hMPV) sepanjang 2024, meningkat berbanding 225 kes yang dilaporkan pada 2023.
KOTA BHARU, 4 JAN: Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang membabitkan jajahan Pasir Mas masih kekal sejak semalam, iaitu 36 orang daripada sembilan keluarga setakat 9.30 pagi ini.
KUCHING, 4 JAN: Lelaki maut apabila rumah didiaminya runtuh dalam kejadian di Jalan Stampin Baru, di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Malaysia mengutuk serangan berterusan dan bersasar oleh rejim Zionis Israel ke atas orang awam di Gaza, yang mengakibatkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, termasuk wanita, kanak-kanak, serta kakitangan perubatan dan media.
SHAH ALAM, 3 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Kuala Selangor dan Klang hingga 12 tengah malam.
ALOR SETAR, 3 JAN: Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 3 JAN: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru umat Islam di negeri ini memahami dan menghayati inti pati khutbah Jumaat yang menekankan kepentingan penyatuan.
KOTA KINABALU, 3 JAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram di Lorong Kuala Neutron Kampung Likas semalam.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menilai semula tatacara operasi piawai (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian seorang lelaki kurang siuman menggangu jemaah di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Rabu lepas.
SHAH ALAM, 3 JAN: Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jalan Klang-Teluk Intan di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mencatatkan lebih RM1.5 bilion bagi jumlah nilai harta yang diselamatkan dalam operasi menyelamat maritim sepanjang tahun lepas.
SHAH ALAM, 3 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 8 malam.
SHAH ALAM, 3 JAN: Polis Selangor menangguhkan sementara kebenaran permit untuk penganjuran konsert di negeri itu sehingga siasatan kes kematian empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya selesai dijalankan.
SHAH ALAM, 3 JAN: Tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
JOHOR BAHRU, 3 JAN: Banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi ditutup 11 pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.