ad

KL, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 7 malam

5 Okt 2025, 8:43 AM
KL, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Lumpur hingga 7 malam.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan tiga daerah di Selangor iatu Gombak, Hulu Selangor serta Hulu Langat hingga 7 malam.

MetMalaysia juga meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

met.jpg