KUALA LUMPUR, 22 JAN: Jumlah rakyat Palestin yang ingin pulang ke tanah air meningkat sejak gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa Ahad lalu, kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Januari.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi: Pleno ASEAN bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland, 9 malam ini.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Seorang ibu kandung dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul anak lelakinya berusia enam tahun sehingga meninggal dunia, dua minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada hari ini.
PUTRAJAYA, 22 JAN: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran dahsyat di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya di Wilayah Bolu, Turkiye yang meragut 76 nyawa dan 51 cedera.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Aliran trafik di lebuh raya utama dijangka meningkat ketara mencecah 2.6 juta kederaan sehari menuju pantai timur, utara dan selatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
KUALA NERUS, 22 JAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai dekat Kemaman, Jumaat lalu, pada bila-bila masa.
Oleh Karina Imran & Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 JAN: Kualiti hidup rakyat Malaysia dijangka bertambah baik berikutan kenaikan gaji minimum bulan depan dan pelarasan gaji perkhidmatan awam. Kenaikan gaji terkini dalam perkhidmatan awam adalah antara usaha untuk memastikan...
ARAU, 22 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengutip RM122,000 menerusi penyelesaian 54 saman tertunggak melibatkan kenderaan dari Thailand dalam tempoh tiga bulan bermula Oktober 2024.
KOTA TINGGI, 22 JAN: Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian di sini petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman.
Daripada Anas Abu Hassan DAVOS (Switzerland), 22 JAN: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem penjagaan kesihatan bukan sahaja akan dapat meningkatkan kecekapan, malah ia juga dapat membantu mengurangkan pembaziran dari segi kos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau...
KUALA LUMPUR, 21 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald J.Trump atas pelantikan rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
KUALA LUMPUR, 21 JAN: Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Asean 2025 dari 4 hingga 5 Ogos tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
KUALA LUMPUR, 21 JAN: Tiga individu termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan dua tahun, awal bulan ini.
KUALA TERENGGANU, 21 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kejadian lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman, Jumaat lepas, tidak berulang.
KOTA BHARU, 21 JAN: Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak 1 Januari lepas.
PUTRAJAYA, 21 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan lebih RM116 juta aset sepanjang tahun lalu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
KLANG, 21 JAN: Polis telah merakam keterangan pemilik kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula yang dilaporkan meletup dalam kejadian di Taman Perindustrian Kapar Indah, di sini petang semalam.
KOTA BHARU, 21 JAN: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperuntukkan lebih RM600 juta untuk menambah baik akses rangkaian Wi-fi di semua universiti awam di seluruh negara yang dijangka siap tahun ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.