ad

Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

16 Okt 2025, 9:00 AM
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 15 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda lapan daerah di Selangor hingga 7 malam.

Amaran dikeluarkan melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang

Selain Kuala Lumpur dan Putrajaya, seluruh Pulau Pinang, Terengganu dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah turut diramal mengalami cuaca sama.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.