KUALA LUMPUR, 4 FEB: Kerajaan disaran agar menggubal dan menambah baik undang-undang sedia ada bagi memastikan kebebasan bersuara dapat dilaksanakan dalam batas yang dibenarkan oleh undang-undang, tanpa menjejaskan ketenteraman awam.
KUALA LUMPUR, 4 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima empat kunjungan hormat, termasuk kunjungan dari ilmuwan dan pendakwah terkenal Amerika Syarikat (AS) berketurunan Palestin yang berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman di Bangunan Parlimen.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan komuniti perniagaan, selain 85 peratus isi rumah akan terus mendapat subsidi.
SHAH ALAM, 3 FEB: Seorang penunggang motosikal patah bahu kiri akibat melanggar kenderaan pacuan empat roda Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di persimpangan lampu isyarat di Meru, Klang, semalam.
SHAH ALAM, 3 FEB: Dato' Menteri Besar menzahirkan kesyukuran selepas isu fitnah projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) selesai dengan permohonan maaf Pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin.
BANGI, 3 FEB: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan untuk melatih 1,000 jurulatih baharu menjelang Jun ini bagi memperkasakan keupayaan latihan pertahanan awam negara.
SHAH ALAM, 3 FEB: Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari disambut baik rakyat, namun mereka mahu kadar tersebut dikaji berkala mengikut situasi ekonomi semasa.
SHAH ALAM, 3 FEB: Pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin memohon maaf kepada Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) berhubung kenyataan berunsur fitnah projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Siasatan berhubung insiden tembakan membabitkan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Selangor pada 24 Januari, dibuat dengan telus, profesional dan tertib, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Kerajaan bercadang melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Kerajaan memberi jaminan akan mengambil serius pandangan daripada semua sektor bagi memacu pertumbuhan yang lebih baik untuk Malaysia.
Oleh Dewi Abdul Rahman SHAH ALAM, 3 FEB: Kerajaan dicadang memasang kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) di jalan persekutuan, negeri dan kampung kerana kadar kemalangan di kawasan itu lebih tinggi berbanding lebuh raya. Aktivis keselamatan jalan raya Shahrim Tamrin berkata selain...
ALOR SETAR, 3 FEB: Sebanyak 164,612 penumpang menggunakan perkhidmatan feri dari laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Perlis bersempena cuti persekolahan dan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
SHAH ALAM, 3 FEB: Yang di-Pertuan Agong mahu Malaysia menunjukkan keupayaan memimpin khususnya dalam menentukan hala tuju Asean selaku pengerusi rantau itu pada tahun ini.
SHAH ALAM, 3 FEB: Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kebimbangan terhadap budaya fitnah dan hasutan di media sosial hingga menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah belah.
SHAH ALAM, 3 FEB: Yang di-Pertuan Agong menegaskan Parlimen sebagai medan membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara, bukan bertegang urat, memaki hamun, atau menabur fitnah.
SHAH ALAM, 3 FEB: Setiausaha Kerajaan Selangor baharu Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran.
SHAH ALAM, 3 FEB: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.
JERTIH, 3 FEB: Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.