KUALA LUMPUR, 5 FEB: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Kilometer 7.6 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 11.30 malam semalam.
REMBAU, 5 FEB: Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (Km) 232.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, tengah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 5 FEB: Kerajaan memperuntuk hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
PUTRAJAYA, 5 FEB: Sebanyak 6,007 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 dari 25 Januari hingga 2 Februari lepas.
PUTRAJAYA, 5 FEB: Kemalangan membabitkan sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah Serdang dekat sini semalam tidak membabitkan unsur sabotaj.
BINTULU, 5 FEB: Keadaan banjir yang melanda Bintulu sejak seminggu lalu kini hampir pulih sepenuhnya.
SHAH ALAM, 5 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengguna pakai teknologi pengimbas tiga dimensi (3D) bagi membina semula lokasi kejadian bagi membantu siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock.
KUALA LUMPUR, 5 FEB: Sasaran Malaysia pada Sukan Sea 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
IPOH, 5 FEB: Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di pelantar P5 Sungai Pinang Besar dekat Pulau Pangkor, semalam.
SHAH ALAM, 4 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga 1 pagi.
SHAH ALAM, 4 FEB: Langkah memberikan perkhidmatan Komuter KTM secara percuma sempena Thaipusam bukan sahaja menggembirakan masyarakat India, tetapi juga mencerminkan nilai inklusif dan kebersamaan yang diperjuangkan oleh kerajaan MADANI.
KUALA LUMPUR, 4 FEB: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan sebanyak 66,574 kes bencana kerja direkodkan di seluruh negara sepanjang 2024, mencatatkan penurunan sebanyak 2.4 peratus berbanding 68,220 kes pada 2023.
KUANTAN, 4 FEB: Fasa Ujian dan Pentauliahan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi jajaran fasa pertama dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor akan bermula Jun 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
SHAH ALAM, 4 FEB: Dato’ Menteri Besar merasmikan pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
PUTRAJAYA, 4 FEB: Kerajaan akan memastikan penentuan jadual tarif elektrik baharu tidak membebankan pengguna domestik serta mengambil kira semua sudut ekonomi negara, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
KUANTAN, 4 FEB: Kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merangkumi empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor sudah mencapai 78.5 peratus setakat bulan lepas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
SHAH ALAM, 4 FEB: Novel Perincian tersenarai antara 10 terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) paling laris di Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur 2025 (KLAB 2025) dari 29 Januari hingga 2 Februari lalu.
SHAH ALAM, 4 FEB: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 29 Jan, ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di Pantai Remis, Kuala Selangor awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 4 FEB: Kadar keciciran murid sekolah rendah dan menengah dilaporkan menurun secara keseluruhannya daripada 21,748 orang pada tahun 2020 kepada 13,007 orang tahun lepas.
SHAH ALAM, 4 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 10 malam ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.