ad

Malaysia teguh sokong penyertaan penuh Timor-Leste dalam Asean

29 Okt 2025, 4:16 AM
Malaysia teguh sokong penyertaan penuh Timor-Leste dalam Asean
Malaysia teguh sokong penyertaan penuh Timor-Leste dalam Asean
Malaysia teguh sokong penyertaan penuh Timor-Leste dalam Asean
Malaysia teguh sokong penyertaan penuh Timor-Leste dalam Asean

SHAH ALAM, 29 OKT: Malaysia menegaskan komitmen untuk terus mendukung dan mempercepat penyertaan penuh Republik Demokratik Timor-Leste ke dalam Asean.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemasukan negara itu bukan sekadar menambah jumlah anggota, sebaliknya memperkukuh semangat serta nilai rantau Asia Tenggara.

“Malaysia sendiri pernah melalui fasa mencabar membina asas dan ketahanan ekonomi. Maka, tidak wajar keanggotaan dinilai hanya berdasarkan kekuatan ekonomi semata-mata, tetapi juga tekad, iltizam dan semangat kenegaraan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, Timor-Leste melalui sejarah perjuangan panjang penuh penderitaan dan kezaliman penjajahan, namun tetap teguh menuntut kemerdekaan.

Anwar menambah, Malaysia antara negara terawal menyokong usaha kemerdekaan Timor-Leste sejak era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya pernah menyatakan di Parlimen bahawa Timor-Leste ialah sebahagian daripada keluarga rantau ini.

Wisma Putra turut digerakkan memperkukuh kerjasama teknikal dan penempatan pegawai di Sekretariat Asean bagi membantu proses penyertaannya,” jelasnya.

Menurut beliau, kehadiran Timor-Leste ke dalam Asean bukan sahaja melengkapkan keanggotaan, malah memperkayakan nilai dan jati diri rantau ini.

Terdahulu, Anwar menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Presiden Timor-Leste, José Manuel Ramos-Horta selepas sidang kemuncak semalam.