KUALA LUMPUR, 12 MAC: Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.
KOTA KINABALU, 12 MAC: Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 3,114 orang daripada 1,488 keluarga malam tadi.
SHAH ALAM, 11 MAC: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas.
SHAH ALAM, 11 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama 600 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam hari ini.
PUTRAJAYA, 11 MAC: Bilangan penganggur pada Januari 2025 menurun kepada 533,800 orang, dengan kadar pengangguran 3.1 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh Januari 2025 yang dikeluarkan hari ini.
PETALING JAYA, 11 MAC: Seorang suri rumah memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa anak lelakinya berusia 10 tahun ada mengejar Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin di kawasan apartment mereka pada hari kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023.
PETALING JAYA, 11 MAC: Apam kampung dan nasi ambeng antara juadah pilihan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor yang berkenan mengunjungi bazar Ramadan SS6/1 Kelana Jaya di sini, hari ini.
SHAH ALAM, 11 MAC: Selangor mengaktifkan pusat pemindahan sementara di Dewan Seri Sekinchan bagi menempatkan penduduk terjejas kejadian ribut kencang dekat Taman Ria, Sekinchan petang tadi.
SHAH ALAM,11 MAC: Umat Islam diingatkan untuk terus patuh dan beriman dengan perintah Allah SWT bagi menghindarkan diri dari seksaan api neraka, jelas pendakwah bebas.
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Kementerian Ekonomi sedang memuktamadkan penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.
SHAH ALAM, 11 MAC: Kerajaan Selangor menyambut baik kenaikan 25 peratus Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau geran per kapita kepada semua negeri.
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menyalurkan bayaran faedah berjumlah RM4.23 juta kepada 3,426 suri rumah dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2022.
SHAH ALAM, 11 MAC: Selangor dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memeterai kerjasama strategik bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja melalui Jelajah Wanita MyWira.
PUTRAJAYA, 11 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pengilang serta pembungkus beras import berhubung isu campuran beras import dan tempatan.
SHAH ALAM, 11 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 6 petang.
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Pembayar cukai kini boleh merujuk pautan EDUZONE Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan senarai pelepasan cukai pendapatan untuk e-Filing, yang dipaparkan dalam bentuk poster ringkas dan mudah difahami.
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Anak-anak tempatan berkepakaran dalam keselamatan siber diseru bekerjasama dengan kerajaan agar ekosistem keselamatan siber di negara ini dapat dipertingkatkan dengan lebih menyeluruh.
SHAH ALAM, 11 MAC: Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang terutama di Semenanjung ketika ini adalah fenomena biasa sebelum peralihan monsun yang dijangka bermula hujung minggu depan.
KOTA KINABALU, 11 MAC: Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang daripada 1,488 keluarga berbanding 4,555 orang daripada 1,493 keluarga pada malam tadi.
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.