SHAH ALAM, 2 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Lumpur serta daerah Hulu Langat di Selangor hingga 8 malam.
Cuaca sama diramal melanda Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol).
Ramalan hujan lebat turut dikeluarkan di Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Kapit) dan Bintulu serta Sabah: Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.



