SHAH ALAM, 9 APRIL: Fasa pertama agihan sumbangan segera kepada mangsa insiden letupan saluran gas minggu lalu dijangka selesai minggu ini.
SHAH ALAM, 9 APRIL: Semua ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk pegawai atasan menyumbang RM1,000 kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
SHAH ALAM, 9 APRIL: Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia di Putra Heights akan ditutup tepat jam 10 malam ini.
PUTRAJAYA, 9 APRIL: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang mengalami gangguan kembali beroperasi seperti biasa 4 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.28 seliter dan RM2.98 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 April ini.
KOTA BHARU, 9 APRIL: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan meningkat 10 kali ganda kepada 4,591 kes dari Januari hingga 5 April lepas, berbanding hanya 459 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
BATU KAWAN, 9 APRIL: Polis mengeluarkan saman terhadap seorang warga emas yang memandu kereta di lorong motosikal berhampiran plaza tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini, semalam.
SUBANG JAYA, 9 APRIL: Lembaga Peperiksaan Malaysia membuka kaunter di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights bagi membantu mangsa letupan saluran gas Petronas mendapatkan semula sijil pendidikan.
PUTRAJAYA, 9 APRIL: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengesahkan gangguan terhadap perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, berpunca daripada beberapa siri kecurian kabel serta gangguan sistem isyarat di Stesen Bandar Tasik Selatan semalam.
PUTRAJAYA, 9 APRIL: Kerajaan persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyalurkan peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Selangor berjumlah RM14.7 juta bagi tahun ini.
SHAH ALAM, 9 APRIL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 61,317 notis pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) tahun ini di seluruh negara bermula 24 Mac hingga tengah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Usaha mengenal pasti punca kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya diteruskan hari ini dengan kerja-kerja menstabilkan tanah di lokasi utama kejadian melalui pemasangan pancang.
KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyita sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador yang dipandu lelaki warga China tanpa lesen dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar, di sini, semalam.
SUBANG JAYA, 9 APRIL: Sumbangan motosikal secara percuma kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights sedikit sebanyak meringankan beban mereka selepas kenderaan musnah dalam kejadian tersebut.
KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menyelesaikan kerja-kerja pengorekan 38 terowong di sepanjang jajaran rel setakat ini, berikutan dua kejayaan di Selangor awal minggu ini.
SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kerja pengorekan tanah di kawasan letupan paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights dijangka dilaksana esok selepas kerja pemasangan cerucuk selesai.
KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Gangguan bekalan gas akibat kebakaran di Putra Heights dijangka memberi kesan kepada pengeluaran produk-produk kipas dan seterika elektrik Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) dengan anggaran kehilangan pendapatan kira-kira tiga peratus.
SUBANG JAYA, 8 APRIL: Luluh hati seorang penduduk Kampung Kuala Sungai Baru Zurina Mohd Isa, 49, apabila melihat rumahnya sudah jadi debu, kereta 'cair' dan motosikal hanya tinggal rangka.
SUBANG JAYA, 8 APRIL: Polis Selangor menegaskan dakwaan pihak berkuasa itu menyorokkan kematian membabitkan insiden letupan paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights tidak benar.
SHAH ALAM, 8 APRIL: Sejak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April, pelbagai pihak terus tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa, sama ada dalam bentuk kebajikan atau sokongan emosi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.