KUALA LUMPUR, 25 MEI: Polis menahan tiga individu termasuk seorang lelaki yang mempunyai 23 rekod jenayah dan dadah selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar dua buah kenderaan di Taman Kajang Mewah dekat sini awal pagi semalam.
SHAH ALAM, 25 MEI: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2024/2025 yang berlangsung di Johor Bahru melabuhkan tirai, dengan membawa perubahan signifikan dalam landskap politik.
KUALA LUMPUR, 25 MEI: Malaysia menggesa Asean untuk menyuarakan pandangan dengan tegas dan kolektif dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa, dengan memetik krisis di Gaza dan Myanmar sebagai ujian terhadap tanggungjawab moral blok itu.
KUALA TERENGGANU, 25 MEI: Kerajaan membuka ruang kepada semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), dalam mengadaptasi penggunaan sistem Solar Fotovoltaik (Solar PV) dalam usaha peralihan kepada tenaga bersih.
KUALA LUMPUR, 25 MEI: Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi Asean (AECC) ke-25 bersidang hari ini di luar Sidang Kemuncak Asean ke-46 dengan 11 agenda utama dibincangkan, memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara negara anggota blok serantau itu.
SINGAPURA, 25 MEI: Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan memuji usaha Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyatukan pendirian Asean berhubung isu Myanmar serta mengekalkan saluran komunikasi langsung dengan pihak berkepentingan utama di negara berkenaan.
KUALA LUMPUR, 25 MEI: Mesyuarat Peringkat Menteri Asean dijadualkan berlangsung sepanjang hari ini di sini, menetapkan hala tuju awal bagi Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada 26 dan 27 Mei.
SEREMBAN, 25 MEI: Sebanyak 83 rumah di Felda Lui Barat dan enam rumah di Kampung Baru Ayer Hitam di Jempol mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat petang semalam.
OLEH DEWI ABDUL RAHMAN JOHOR BAHRU, 25 MEI: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyeru semua pimpinan dan perwakilan agar terus memperkukuh idealisme sebagai teras perjuangan parti bagi memastikan KEADILAN kekal kalis cabaran serta relevan, khususnya dalam peranan sebagai...
SEPANG, 24 MEI: Malaysia mula menerima kehadiran delegasi diplomatik dari pelbagai negara petang ini menjelang Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan mesyuarat berkaitan yang akan berlangsung di ibu negara hujung minggu ini.
SHAH ALAM, 24 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 1 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 24 MEI: Kawalan keselamatan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersempena dengan Sidang Kemuncak Asean diperketat termasuk menggunakan sistem imbasan wajah, unit pengesan bom dan teknologi antidron bagi menjamin keselamatan delegasi dan petugas persidangan.
Oleh Dewi Abdul Rahman JOHOR BAHRU, 24 MEI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa kemenangan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti adalah hasil amalan nepotisme. Sebaliknya, beliau menegaskan pelantikan itu adalah manifestasi...
KUALA LUMPUR, 24 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Pemakanan selepas kertas cadangan mengenainya diluluskan oleh Jemaah Menteri.
SHAH ALAM, 24 MEI: Seluruh anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diingatkan agar menolak budaya politik taasub terhadap individu yang boleh menjejaskan budaya sihat dalam parti.
JOHOR BAHRU, 24 MEI: Pemimpin yang menang mahupun tewas dalam pemilihan semalam perlu berdiri pada landasan sama untuk terus memperkukuh parti mendepani pilihan raya umum (PRU) akan datang.
JOHOR BAHRU, 24 MEI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan baharu akan mampu mengangkat keupayaan untuk menjadi lebih baik daripada apa yang pernah dicapai.
JOHOR BAHRU, 24 MEI: Garis masa dan hala tuju Malaysia menjelang usia 100 tahun pada 2057 perlu dirangka bermula sekarang dengan penuh idealisme, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
LANGKAWI, 24 MEI: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) melabuhkan tirainya hari ini, dengan mencatatkan kehadiran kira-kira 450,000 pengunjung daripada kesemua kumpulan komersial dan perniagaan, delegasi dalam negara dan antarabangsa serta orang awam.
KUALA LUMPUR, 24 MEI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pimpinan dan ahli untuk memperkuat organisasi, memperluas jaringan dan mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.