MUKAH, 6 JULAI: Seorang lagi mangsa bot karam di perairan Pantai Belawai dekat Kampung Belawai ditemukan hari ini, menjadikan jumlah kematian lima orang setakat ini.
SHAH ALAM, 6 JULAI: Lelaki warga Pakistan yang disyaki meliwat dan mencabul tiga kanak-kanak serta seorang remaja lelaki di Seksyen 27 dan Seksyen 28 di sini dipercayai masih berada dalam negara.
SEREMBAN, 6 JULAI: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual berusia 16 tahun mendakwa dicabul seorang guru di sebuah sekolah di Rembau Mei lalu.
HULU SELANGOR, 6 JULAI: Seorang lelaki maut dipercayai ditendang seekor lembu sebelum tercampak ke dalam sungai di Ladang Batu 2, Kerling, di sini semalam.
KUALA PILAH, 6 JULAI: Seorang lelaki cedera di kepala, tangan dan kaki selepas diserang haiwan liar dipercayai kucing tulap dalam kejadian di Kampung Pauh Terachi dekat Tanjung Ipoh, di sini semalam.
SUNGAI PETANI, 6 JULAI: Tiga lelaki termasuk seorang bekas pengacara majlis perkahwinan berusia lingkungan 40-an ditahan polis kerana disyaki menjadi dalang utama aktiviti penjualan sijil cuti sakit (MC) palsu di sekitar daerah ini sejak dua tahun lepas.
SHAH ALAM, 6 JULAI: Seorang penceramah bebas menjadi perhatian selepas berdepan pelbagai dakwaan membabitkan penyebaran video seks isterinya, penipuan wang dan aduan daripada mutawif umrah.
SHAH ALAM, 6 JULAI: Seorang suspek yang mempunyai lebih 30 rekod jenayah mati ketika berbalas tembak dengan polis di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani jam 7.50 malam tadi.
KUALA LUMPUR, 4 JUL: Seorang ahli muzik berusia 46 tahun ditahan polis semalam selepas disyaki memukul rakan serumahnya menggunakan batang pemegang gitar di Pandan Indah, Ampang Jaya di sini Isnin lepas.
PASIR MAS, 3 JULAI: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) bernilai RM5.04 juta dalam enam serbuan di sini dan Tumpat pada Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Bermula dengan hanya meminjam RM150, mangsa pinjaman wang tidak berlesen terperangkap dalam jerat along sehingga terpaksa menjadi pak turut dan membakar rumah peminjam lain yang gagal melunaskan hutang demi menyelamatkan nyawa sendiri dan keluarga.
PUTRAJAYA, 3 JULAI: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ikat jamin RM50,000 seorang ke atas dua ahli perniagaan yang didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang sementara menunggu keputusan perbicaraan mereka.
NIBONG TEBAL, 3 JULAI: Kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit di celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah, di sini hari ini.
BATU KAWAN, 3 JULAI: Lelaki yang terselamat dalam kejadian tembakan di hadapan sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior, di sini Selasa lalu, sempat menurunkan sepenuhnya kerusi kenderaan dipandunya ketika kejadian berlaku.
BENTONG, 3 JULAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mematahkan dua cubaan menyeludup masuk sisa buangan elektrik dan elektronik (e-sisa) serta skrap logam dari luar negara menggunakan tujuh kontena dengan nilai rampasan dianggarkan RM4.4 juta di Pelabuhan Klang, Selangor.
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Seorang jurulatih berbasikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelatih berbasikal perempuan, tahun lepas.
SEPANG, 3 JUL: Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi.
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun ditahan selepas dipercayai mengacukan pistol tiruan ke arah seorang lelaki susulan insiden kemalangan di Taman Desa, di sini malam kelmarin.
BUTTERWORTH, 2 JULAI: Polis sedang mengesan dua lelaki yang melepaskan tembakan terhadap kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Pasangan suami isteri ditahan di sebuah hotel di Shah Alam dekat sini semalam (Selasa) selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran dan pengedaran video lucah melalui aplikasi media sosial.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.