Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dalam empat siri serbuan serentak di Johor dan Lembah Klang menyaksikan rampasan dadah bernilai lebih RM2 juta.
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol bekas kakak iparnya, dua tahun lepas.
Seorang bapa direman seminggu hingga 7 Ogos ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak lelakinya berusia enam tahun yang mayatnya ditemukan di kawasan Rompin, Jempol dekat sini, 28 Julai lepas.
Lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang suspek kes cubaan ragut di Batu 9 Cheras dibebaskan dengan jaminan polis selepas kertas siasatan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah yang menghulurkan kakinya ketika sebuah lori bergerak di lampu isyarat di Jalan Pekan Bangi Lama semalam bakal berdepan tindakan undang-undang.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman dua lagi anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM635,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan aktiviti perjudian.
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Mayat seorang lelaki dengan kaki dan tangannya terikat serta kepala dibalut kain ditemukan berhampiran landasan kereta api di Sungai Serian, Kalumpang, Hulu Selangor hari ini.
SHAH ALAM, 31 JULAI: Polis sedang mengesan enam lelaki tempatan kerana terbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah pusat snuker di Kapar, Klang, semalam.
KOTA KINABALU, 31 JULAI: Polis merakam keterangan kira-kira 60 saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir,13, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.
Seorang bekas pengarah urusan syarikat minyak dan gas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi melantik suaminya dalam syarikat tersebut tanpa persetujuan.
PUTRAJAYA, 30 JULAI: Cubaan 13 warga asing menyamar sebagai penumpang baharu untuk melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Terminal 2 (T2) berjaya dipatahkan Unit Pemantau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), semalam.
KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya dalam kejadian di kawasan sebuah sekolah menengah di Kajang kelmarin.
KUANTAN, 29 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman tiga pegawai kanan polis termasuk seorang yang sudah bersara kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM110,000 sebagai balasan melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum di sekitar negeri itu.
REMBAU, 29 JULAI: Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang mayatnya ditemukan ditanam di kawasan Rompin, Jempol, disebabkan tekanan pada bahagian leher mangsa akibat jerutan pengikat kabel.
KUCHING, 29 JULAI: Seorang penolong eksekutif sebuah agensi kerajaan berusia dalam lingkungan 50-an mengalami kerugian RM385,000, selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian.
SHAH ALAM, 29 JULAI: Kedudukan geografi Selangor yang strategik antara faktor negeri ini menjadi pusat aktiviti jenayah moden dan terancang.
JOHOR BAHRU, 29 JUL: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Sabtu lepas sehingga mengalami pendarahan di kepala.
SEREMBAN, 28 JULAI: Polis menemukan mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang disyaki dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin, Jempol di sini petang tadi.
MERSING, 28 JULAI: Lelaki warga emas cedera pada bahagian telinga selepas diserang seekor gajah di hadapan rumahnya di Kampung Wak Salam di sini pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.