Ibu dua kanak-kanak keluar kepala dari bumbung kereta bergerak ditahan

5 Jul 2026, 12:04 AM
Ibu dua kanak-kanak keluar kepala dari bumbung kereta bergerak ditahan

KUALA LUMPUR, 5 JULAI: Polis menahan ibu kepada dua kanak-kanak yang dirakam mengeluarkan kepala mereka melalui sunroof atau bumbung matahari, sebuah kereta hitam yang sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata wanita berusia 30 tahun itu ditahan semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata pihaknya mengesan video perbuatan kanak-kanak berumur empat dan enam tahun itu yang tular di media sosial.

"Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Grand Saga Cheras berhampiran Kampung Batu 10, Cheras dan laporan polis diterima jam 5.28 petang tadi (semalam)," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp S Tharani di talian 017-7331 935 bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri serta pengguna lain khususnya melibatkan kanak-kanak.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.