Polis Melaka sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak lelaki bahawa dirinya cuba diculik seorang lelaki bertopeng yang menaiki van putih ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Paya Ikan di sini, pada 15 Ogos lepas.
Seorang lelaki dipercayai warga asing berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan tiga telefon bimbit bernilai kira-kira RM8,000 di sebuah kedai tingkat bawah pusat beli-belah di sini malam tadi.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mengeluarkan Notis Penolakan Masuk (NPM) kepada tujuh warga asing yang cuba memasuki negara melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
Dua insiden melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari kondominium di Taman Melati, Rabu lepas
Tindakan itu susulan laporan ke atasnya oleh seorang lelaki pada 31 Julai yang mengadu menerima hantaran jelik daripada penyanyi itu menerusi hantaran di Instagram
Tertuduh didakwa gagal mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan ke atas bayi lelaki berusia tujuh bulan
Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak di sekitar daerah Kuala Selangor, baru-baru ini.
Polis merampas dadah disyaki syabu lebih 220 kilogram (kg) bernilai RM7 juta di dalam kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di SS17, Subang Jaya 13 Ogos lalu.
Polis telah merakamkan keterangan 30 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar kolej wanita yang disyaki dibunuh di kediaman keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, pada 14 Ogos lepas.
Tiga belas remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun didapati bersalah membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, pada Mac tahun lalu.
Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup ganja mampat seberat 207 kilogram bernilai lebih RM600,000 di kawasan Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand semalam.
Sebanyak 26 Notis Penolakan Masuk (NPM) dikeluarkan terhadap warga asing yang disyaki bukan pelancong tulen di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan terhadap tiga lelaki warga China, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pecah rumah di Kuala Perlis dekat sini pada Julai lepas
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas, Kelantan pada Disember 2013
Polis menahan lima lelaki dan merampas syabu seberat 425.25 kilogram (kg) bernilai RM13.6 juta dalam empat serbuan di sekitar Puchong dan Kuala Lumpur, Isnin lepas.
Enam pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Pasir Mas direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes buli terhadap seorang pelajar sekolah yang sama
Sebanyak 1,185 kes juvana direkodkan di seluruh negara setakat Jun lalu mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu 892 kes
Polis Kuala Lumpur melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM44.3 juta.
Lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, bulan lepas.
Polis telah merakam keterangan 19 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar kolej wanita yang disyaki dibunuh di kediaman keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, Khamis lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.