2,000 tin gas metana tingkat risiko pemadaman kebakaran Pasar Borong Selangor

24 Jul 2026, 12:04 AM
2,000 tin gas metana tingkat risiko pemadaman kebakaran Pasar Borong Selangor
2,000 tin gas metana tingkat risiko pemadaman kebakaran Pasar Borong Selangor
2,000 tin gas metana tingkat risiko pemadaman kebakaran Pasar Borong Selangor
2,000 tin gas metana tingkat risiko pemadaman kebakaran Pasar Borong Selangor
2,000 tin gas metana tingkat risiko pemadaman kebakaran Pasar Borong Selangor

SHAH ALAM, 24 JULAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdepan cabaran ketika memadam kebakaran di Pasar Borong Selangor selepas premis yang terbakar dipercayai menyimpan kira-kira 2,000 tin gas metana.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kehadiran sejumlah besar tin gas metana meningkatkan risiko kepada anggota yang menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian.

"Berdasarkan penilaian di lokasi, kita dimaklumkan terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis berkenaan," katanya pada sidang media di lokasi, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, beberapa siri letupan berlaku pada peringkat awal kebakaran, namun keadaan berjaya dikawal bagi mengelakkan api merebak.

Menurut beliau, setakat jam 4.35 pagi tadi api berjaya dipadamkan 70 peratus dan kerja pemadaman masih dilakukan.

JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 11.04 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.20 pagi dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Operasi membabitkan 68 anggota JBPM melibatkan 15 balai bomba di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Operasi turut dibantu 11 pasukan bomba sukarela serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ashrul berkata, operasi turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta.

"Susulan itu, kita menggunakan sepenuhnya bekalan air dari jentera dan lori tangki bomba sepanjang operasi," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan kerana operasi pemadaman belum selesai.

Dalam kejadian itu, api memusnahkan premis menjual barangan logam sebelum merebak ke beberapa premis berhampiran, namun berjaya dikawal dari merebak ke bangunan pasar.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.