ad

Belanjawan Selangor 2026: Tumpu pembangunan mampan, ekonomi hijau

16 Nov 2025, 1:00 PM
Belanjawan Selangor 2026: Tumpu pembangunan mampan, ekonomi hijau
Belanjawan Selangor 2026: Tumpu pembangunan mampan, ekonomi hijau
Belanjawan Selangor 2026: Tumpu pembangunan mampan, ekonomi hijau

SHAH ALAM, 16 NOV: Belanjawan Selangor 2026 menekankan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan kelestarian alam sekitar melalui Tekad Keenam: Kelestarian Alam Sekitar dan Kebitaraan Infrastruktur.

Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada ekonomi hijau, pengurusan sumber semula jadi, mitigasi bencana, pembangunan infrastruktur strategik serta jaminan bekalan air yang mampan.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen jangka panjang Selangor untuk pembangunan negeri yang lestari tanpa mengorbankan kesejahteraan ekologi dan keselamatan rakyat.

Berikut adalah ringkasan agenda utama di bawah tekad keenam:

Selangor Agenda for Green Economy (SAGE)

⦁ Tumpuan Ekonomi Kitaran – pengurangan sisa & kecekapan tenaga (RM250,000)

⦁ Pelan Tindakan Biodiversiti Selangor (RM300,000)

⦁ Program Karbon Selangor (RM300,000) – pembangunan projek karbon & kredit karbon

⦁ Program komuniti & belia – pemuliharaan sungai, kitar semula, pengkomposan, penghijauan sekolah & komuniti (RM500,000)

⦁ Sambungan kempen penanaman pokok – kini mencapai 1.88 juta pokok

Selangor@100

⦁ Dasar jangka panjang pembangunan negeri hingga 2057

⦁ Fokus: ekonomi mampan, kemajuan sosial, ketahanan infrastruktur & kesejahteraan generasi masa depan

⦁ Merentas sektor: pendidikan, teknologi, ekonomi hijau, mobiliti, keselamatan makanan & tadbir urus digital

⦁ Diterajui Selangor Research Institute (SRI) dengan penyelidikan & libat urus global

⦁ Peruntukan: RM2 juta

Program Pemerkasaan Komuniti & Belia

⦁ Menyokong adaptasi & mitigasi perubahan iklim

⦁ Aktiviti: pemuliharaan sungai, ekosistem setempat, penghijauan komuniti, program sekolah & IPT, kitar semula & pengkomposan

⦁ Peruntukan: RM500,000

Terjunan 'base jump' antara gimik perasmian pada Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai Geopark Kebangsaan Pertama Selangor di Taman Ekstrem Gua Damai, Gombak pada 16 November 2024. Foto Tourism Selangor

Pembangunan Geopark Gombak–Hulu Langat

⦁ Destinasi geopelancongan utama Malaysia

⦁ Persediaan penilaian UNESCO

⦁ Prasarana: geotrail, galeri geologi & kemudahan rekreasi (RM2 juta)

Infrastruktur Awam

⦁ RM130 juta - tambah baik prasarana termasuk jalan, lampu jalan, perparitan & keselamatan

Projek Selangor Penyayang

⦁ RM9 juta – tambah baik balai penghulu di sembilan daerah babit struktur, sistem elektrik, tandas, saliran, keselamatan & kemudahan asas

Pekerja pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM) mengambil barangan kitar semula yang sudah diasing dari kediaman penduduk di Bandar Puteri 9, Puchong, Subang Jaya pada 15 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Kitar Semula E-Waste (SELKitar)

⦁ Usahasama KDEBWM & Nestle untuk program SELKitar

⦁ KDEBWM merancang tambah 100 unit mesin kitar semula pintar (RVM) beroperasi 24 jam, ditempatkan di kawasan awam

⦁ Menyediakan kemudahan kitar semula botol plastik, tin aluminium, kertas, kotak & minyak masak terpakai

⦁ Rakyat menerima ganjaran atas sumbangan bahan kitar semula

⦁ Inisiatif ini bermula dengan peruntukan KDEB 2026

Jelajah DYTM Raja Muda Selangor

⦁ RM9 juta (SAY + Yayasan MBI) – projek komuniti & naik taraf kemudahan awam di 9 daerah

Projek Jambatan & Jalan Baharu

⦁ RM5 juta – tiga projek jambatan utama

⦁ RM24.9 juta – tiga projek jalan baharu

⦁ RM74.35 juta – empat projek naik taraf jalan kritikal

Projek Turapan Mega – RM55 juta, menggunakan teknologi tetulang pratuang dari Indonesia

Transformasi Pasar Awam

⦁ RM6 juta (RM3 juta Kerajaan Negeri + RM3 juta PBT) – modenkan pasar terpilih

Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melihat pelan susun atur projek mendalamkan sungai ketika Majlis perasmian Projek Mendalam dan Melebarkan Tebatan Banjir Sungai Klang di Kota Kemuning, Shah Alam pada 1 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Projek Tebatan Banjir

RM54.34 juta – 17 projek baharu merentasi lima lembangan sungai

⦁ Keutamaan: Sungai Klang & Sungai Langat

Pembangunan Lembangan Sungai

RM11.51 juta – 10 projek baharu, pengurusan sungai secara menyeluruh

Sistem Saliran & Saliran Mesra Alam

⦁ RM12.89 juta – meningkatkan sistem saliran

⦁ Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Hulu Langat – RM500,000

⦁ Projek kolam takungan & saliran mesra alam – RM8.65 juta (termasuk Kolam Rawang Integrated bernilai RM15 juta)

Penyelenggaraan Kolam Takungan

⦁ RM5 juta – penyelenggaraan kolam sedia ada

Kerja-kerja penambahbaikan Pantai Morib di Pantai Morib, Kuala Langat pada 28 Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Pembangunan Pantai

⦁ RM4 juta – 11 projek benteng & pengukuhan pesisir pantai (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat)

Loji Rawatan Air Rasau Peringkat 2

⦁ Projek mega RM2.6 bilion oleh Air Selangor

⦁ Kapasiti 700 JLH, siap 2026–2028, manfaat 467,000 akaun

Program Penggantian Paip

⦁ RM542.8 juta – sasaran 300km setahun

⦁ 980.18 km diganti sehingga Ogos 2025

Penurunan NRW

⦁ RM40.4 juta – kadar NRW turun ke 27%

Pemulihan Loji Rawatan Air

⦁ RM118.5 juta (PAAB + Air Selangor)

Keterhubungan Grid Air

⦁ RM110.1 juta – bina jaringan grid air di 8 wilayah

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

⦁ Had pendapatan naik kepada RM6,000

⦁ RM20 juta diperuntukkan

Skim Jaminan Air Mentah (SJAM)

⦁ RM3.5 juta – tempoh DLP & kos akhir