ad

Dana naik taraf prasarana, jalan raya meningkat kepada RM130 juta

14 Nov 2025, 10:29 AM
Dana naik taraf prasarana, jalan raya meningkat kepada RM130 juta
Dana naik taraf prasarana, jalan raya meningkat kepada RM130 juta
Dana naik taraf prasarana, jalan raya meningkat kepada RM130 juta

SHAH ALAM, 14 NOV: Selangor memperuntukkan RM130 juta bagi melaksanakan Projek Pembangunan Infrastruktur Selangor tahun hadapan, meningkat hampir RM34.02 juta berbanding belanjawan lepas sebanyak RM95.98 juta.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 berkata peruntukan ini bertujuan menambah baik prasarana dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Katanya, ia merangkumi kerja menaik taraf jalan raya dan jaringan perparitan, pemasangan lampu jalan serta lampu isyarat dan penambahbaikan aspek keselamatan jalan secara menyeluruh.

“Selain menyediakan kemudahan kepada rakyat, infrastruktur yang baik turut menyokong aktiviti ekonomi negeri.

Kedudukan Selangor yang strategik perlu disokong pembangunan yang menghubungkan pengangkutan laut, udara dan darat di peringkat nasional,” katanya.

Di bawah agenda Selangor Penyayang, Amirudin berkata pentadbiran negeri turut memperuntuk RM9 juta bagi penambahbaikan balai penghulu di sembilan daerah, termasuk:

  • tingkat struktur dan dinding bangunan

  • naik taraf sistem elektrik, tandas, saliran dan paip air

  • cat semula serta pembaikan asas seperti pintu dan longkang

  • pasang lampu dan pagar tambahan untuk keselamatan

“Kerja-kerja ini diharap meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, memperbaiki prasarana komuniti, serta menjadikan perkhidmatan kerajaan di peringkat akar umbi lebih cekap dan selamat,” katanya.