KAHERAH, 6 NOV: Mahasiswa di Timur Tengah dinasihatkan menjaga adab ketika membincangkan isu pegangan akidah yang sesuai bagi umat Islam oleh kumpulan Salafi atau Ahli Sunnah Wal Jamaah.
KAHERAH, 5 NOV: Selangor giat berusaha ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG) melalui inisiatif dan strategi dalam pelbagai sektor, kata Dato’ Menteri Besar.
Oleh Yasmin Ramlan GOMBAK, 29 OKT: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor dijangka membuka peluang baharu untuk aktiviti ekonomi dan meningkatkan kemudahan logistik serta perdagangan. Merujuk kepada Pelan Induk Guna Tanah Bersepadu ECRL, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin...
Oleh Yasmin Ramlan GOMBAK, 29 OKT: Selangor berhasrat menghubungkan Jajaran Rel Selangor dengan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam tempoh beberapa tahun lagi, bagi mengukuhkan jaringan pengangkutan awam. Dato' Menteri Besar berkata cadangan tersebut tambahan kepada stesen ECRL Gombak, yang...
SHAH ALAM, 28 OKT: Karnival Jobcare Istimewa Selangor yang berlangsung hari ini menawarkan hampir 4,600 peluang kerja pelbagai sektor kepada golongan rentan terutama Orang Kurang Upaya (OKU).
SHAH ALAM, 21 OKT: Pengurusan bahan buangan negeri ini perlu berubah ke arah sistem sisa pepejal kepada tenaga (WTE) seperti dilaksana Eropah, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 21 OKT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto, yang mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Indonesia, Ahad lalu.
SHAH ALAM, 19 OKT: Persiapan Selangor sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 mengambil kira pelbagai elemen bagi memastikan penganjurannya kemas dan cemerlang.
SHAH ALAM, 19 OKT: Penumpuan projek berkepentingan rakyat di seluruh negeri termasuk Selangor, yang dibentang dalam Belanjawan 2025 semalam disifatkan langkah tepat untuk jangka panjang.
SHAH ALAM, 19 OKT: Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching dan juara tenpin boling dunia Natasha Mohamed Roslan, dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Selangor 2023, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil.
Oleh Danial Dzulkifly KUALA LUMPUR, 16 OKT: Selangor bermatlamat menjadi peneraju global dalam inovasi kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor, bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan mobiliti sosial. Dato' Menteri Besar menjelaskan terdapat keperluan mewujudkan lebih banyak...
SHAH ALAM, 16 OKT: Pertubuhan serantau Asean berpeluang menjadi watak penting dunia berikutan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan rantau lain, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 15 OKT: Persidangan Asean dipengerusikan Malaysia tahun depan membawa keistimewaan apabila turut melibatkan negara bawah Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Plus China.
Oleh Danial Dzulkifly KLANG, 10 OKT: Selangor memulakan kajian subnasional sukarela (VSR) dengan menyusun langkah sistematik bagi mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG) menjelang 2030. Bakal dibuat berperingkat, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata laporan pertama...
GOMBAK, 3 OKT: Pasukan khas ditubuhkan Selangor akan meneliti secara menyeluruh isu berkaitan GISB Holdings (GIBSH) supaya pembongkaran yang timbul ketika ini tidak berulang.
GOMBAK, 3 OKT: Sebarang tindakan terhadap kumpulan GISB Holdings (GISBH) dibuat berdasarkan fatwa yang bakal diputuskan dalam masa terdekat, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 30 SEPT: Selangor berhasrat menubuhkan pasukan khas bagi membantu kanak-kanak yang diselamatkan daripada premis jagaan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
SHAH ALAM, 27 SEPT: Kontinjen Selangor berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan dengan meraih 29 emas, 42 perak dan 39 gangsa dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.
PELABUHAN KLANG, 27 SEPT: Belanjawan Selangor 2025 yang dijadual dibentang pertengahan November depan bakal menumpukan teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Dato’ Menteri Besar.
KLANG, 26 SEPT: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bersiap sedia menggerakkan anggota dan asetnya ke kawasan berisiko berikutan peralihan monsun yang dijangka berterusan hingga awal November.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.