ad
AGENDA

Selangor mahu terajui inovasi AI, pacu pertumbuhan ekonomi

16 Okt 2024, 9:24 AM
Selangor mahu terajui inovasi AI, pacu pertumbuhan ekonomi
Selangor mahu terajui inovasi AI, pacu pertumbuhan ekonomi

Oleh Danial Dzulkifly

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Selangor bermatlamat menjadi peneraju global dalam inovasi kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor, bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan mobiliti sosial.

Dato' Menteri Besar menjelaskan terdapat keperluan mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi dalam industri itu untuk membendung penghijrahan tenaga pakar.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, pentadbiran negeri juga berusaha menggalakkan lebih ramai generasi muda untuk merebut peluang dalam sektor yang sedang berkembang.

“Visi kita jelas menjadikan Selangor peneraju global dalam transformasi digital. Ini bermakna membentuk ekosistem tahan lasak, melabur dalam teknologi tepat dan memberdaya usahawan kita.

[caption id="attachment_668450" align="alignleft" width="436"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Semua aspek ini kritikal untuk memastikan AI tidak hanya menjadi kata kunci serantau, tetapi membawa perubahan bermakna kepada kehidupan masyarakat," katanya di sini hari ini.

Berucap sempena Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC), Amirudin berkata matlamat utama Selangor ialah mewujudkan “ekonomi bermaruah”, yang bermanfaat kepada rakyat.

Beliau juga menekankan komitmen negeri untuk memajukan industri semikonduktor, dengan mengulangi rancangan untuk membina Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu kedua di Cyberjaya.

"Seperti yang saya tekankan, untuk membawa perubahan bermakna kepada hidup rakyat, kita mesti wujudkan ekonomi bermaruah dan terbuka kepada potensi serta kemungkinan aliran baharu,” katanya.

SDEC diadakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 selama empat hari, yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.