ad
AGENDA

Para SUKMA: Selangor capai sasaran 29 pingat emas

27 Sep 2024, 3:37 PM
Para SUKMA: Selangor capai sasaran 29 pingat emas

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kontinjen Selangor berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan dengan meraih 29 emas, 42 perak dan 39 gangsa dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook malam ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari yakin kutipan pingat bakal bertambah menerusi beberapa acara yang belum dipertandingkan.

"Menerima khabar gembira dari Sarawak. Kontinjen Para SUKMA Selangor telah memenangi 29 pingat emas sekaligus memenuhi sasaran yang diletakkan. Alhamdulillah.

"Insya-Allah dengan beberapa prospek emas yang masih belum dipertandingkan, saya yakin akan berjaya melebihi sasaran pertandingan kali ini," katanya.

Sebelum ini, EXCO sukan berkata Selangor menyasar kedudukan tiga teratas dengan kutipan 29 emas, 24 perak dan 29 gangsa dalam temasya yang berlangsung mulai 22 hingga 28 September.

Najwan Halimi menjelaskan kontinjen negeri mengambil bahagian dalam semua 10 acara dipertandingkan antaranya badminton, renang, memanah, ping pong dan angkat berat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.