Menjelang pelaksanaan penuh sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tengah malam ini, kerajaan menyarankan orang ramai memastikan butiran pada MyKad dan lesen memandu adalah tepat bagi mengelakkan kelayakan mereka terjejas.
Bermula tengah malam ini, 16 juta rakyat Malaysia akan menikmati manfaat daripada inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter.
Kerajaan terbuka untuk meluaskan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang baharu diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada pengusaha bot penumpang kecil, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Rakyat menyifatkan sistem pembaharuan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, Shah Alam sebagai teratur, pantas dan mesra pelanggan.
Selepas anggota tentera dan polis yang menjadi golongan pertama menikmati subsidi petrol RON95 di bawah insiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) semalam, hari ini peluang sama turut dinikmati lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori B40.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan golongan B40 menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula tengah malam tadi.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor merekodkan 850 kes cip MyKad rosak dalam tempoh tiga hari sejak kerajaan melaksanakan skim pembaharuan secara percuma sempena pelaksanaan subsidi petrol BUDI95 bermula 30 September ini.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor membuka 11 kaunter khas bagi mempercepat proses pembaharuan MyKad, dengan 99 peratus permohonan disiapkan pada hari sama.
Pelaksanaan secara berperingkat subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) bermula hari ini dilakukan bagi mengelak situasi sama berlaku ketika hari pertama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan pada 31 Ogos lalu.
Sebanyak 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip berjaya diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara susulan pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah insiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) pada hari pertama yang melibatkan kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis, berjalan lancar seluruh negara.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyifatkan pemberian subsidi BUDI MADANI RON 95(BUDI95) sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat termasuk anggota keselamatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan peningkatan 53 peratus dalam transaksi pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) di seluruh negara susulan pengumuman pelaksanaan Subsidi Bersasar Petrol Budi MADANI RON95 (BUDI95) oleh kerajaan sejak 22 September lalu.
Kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang mula dilaksanakan tengah malam tadi.
Syarat memiliki lesen aktif untuk menggunakan petrol RON95 menjadi mekanisme tambahan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MoF) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan syarikat minyak di seluruh negara menyalurkan maklumat tepat tentang pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) kepada pelanggan di stesen minyak.
Syarat memiliki lesen memandu sah sebelum layak menikmati subsidi RON95 akan mendidik masyarakat khususnya golongan muda mengenai kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya.
Pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95) dijangka mencetus ‘shockwave’ atau gelombang kesedaran baharu mengenai kepentingan memiliki lesen memandu sah serta mematuhi undang-undang jalan raya.
Orang ramai kini boleh membuat semakan kelayakan subsidi petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan Kementerian Kewangan jam 9 pagi ini.
Penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk terus membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat seperti yang diaspirasikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.