Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) menerima sambutan positif daripada rakyat pelbagai lapisan yang menyifatkannya sebagai inisiatif meringankan beban kos sara hidup dan memastikan subsidi sampai kepada golongan sasar.
Kerajaan bersetuju memberi manfaat tambahan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 kepada pemandu p-panggilan sepenuh masa serta pengendali bot berdaftar bermula pertengahan bulan ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan kuota 300 liter bagi subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), diperbaharui hari ini.
Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) bukan sahaja membantu rakyat menikmati subsidi petrol, malah memberi kesan langsung kepada pesalah trafik yang sebelum ini enggan menjelaskan saman.
Inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencatat hampir tiga juta pengguna dengan jualan melebihi RM91 juta dalam tempoh empat hari, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Proses pelaksanaan subsidi bersasar RON95 berjalan lancar dengan pengguna hanya mengambil masa singkat untuk proses pengesahan identiti dan pengisian petrol.
Kementerian Kewangan (MOF) bersama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memuktamadkan proses permohonan had kelayakan tambahan bagi pemandu e-hailing di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada minggu ini.
Sejumlah RM22.9 juta nilai pembelian petrol RON95 direkodkan dalam tempoh sehari pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di seluruh negara, semalam.
Menjelang pelaksanaan penuh sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tengah malam ini, kerajaan menyarankan orang ramai memastikan butiran pada MyKad dan lesen memandu adalah tepat bagi mengelakkan kelayakan mereka terjejas.
Bermula tengah malam ini, 16 juta rakyat Malaysia akan menikmati manfaat daripada inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter.
Kerajaan terbuka untuk meluaskan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang baharu diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada pengusaha bot penumpang kecil, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Rakyat menyifatkan sistem pembaharuan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, Shah Alam sebagai teratur, pantas dan mesra pelanggan.
Selepas anggota tentera dan polis yang menjadi golongan pertama menikmati subsidi petrol RON95 di bawah insiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) semalam, hari ini peluang sama turut dinikmati lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori B40.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan golongan B40 menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula tengah malam tadi.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor merekodkan 850 kes cip MyKad rosak dalam tempoh tiga hari sejak kerajaan melaksanakan skim pembaharuan secara percuma sempena pelaksanaan subsidi petrol BUDI95 bermula 30 September ini.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor membuka 11 kaunter khas bagi mempercepat proses pembaharuan MyKad, dengan 99 peratus permohonan disiapkan pada hari sama.
Pelaksanaan secara berperingkat subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) bermula hari ini dilakukan bagi mengelak situasi sama berlaku ketika hari pertama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan pada 31 Ogos lalu.
Sebanyak 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip berjaya diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara susulan pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah insiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) pada hari pertama yang melibatkan kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis, berjalan lancar seluruh negara.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyifatkan pemberian subsidi BUDI MADANI RON 95(BUDI95) sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat termasuk anggota keselamatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.