KOTA BAHRU, 6 DIS: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KUALA LUMPUR, 6 DIS: Penganjuran Pertandingan Reka Bentuk Batik Lestari dan Pesta Batik Lestari merupakan usaha mempromosi dan memartabatkan karya batik tempatan sebagai warisan negara ke peringkat global.
KUALA LUMPUR, 5 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Kedah, Terengganu, Johor, Perak dan Melaka terus menunjukkan trend penurunan setakat malam ini, manakala jumlah mangsa di Pahang kekal tidak berubah.
Oleh Danial Dzulkifly SHAH ALAM, 5 DIS: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata Malaysia perlu menangani masalah pergantungan kepada pekerja asing. Beliau yang juga pro-canselor Universiti Selangor (Unisel), berkata meskipun tenaga kerja asing turut berperanan...
KLANG, 5 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang, Bandar Botanik di sini hari ini.
TUMPAT, 5 DIS: Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih belum dituntut ibu bapa mereka, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
KUALA LUMPUR, 5 DIS: Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
SHAH ALAM, 5 DIS: Belanjawan Selangor 2025 membuka paradigma baharu khususnya dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) selain memperkukuh keperluan negeri secara keseluruhan.
SHAH ALAM, 5 DIS: Selangor sedia membangunkan jabatan data tersendiri bagi memastikan semua keperluan pembangunan negeri terus mampan dan seimbang.
SHAH ALAM, 5 DIS: Terowong Lebuhraya SMART diaktifkan lebih 600 kali untuk melencongkan banjir yang melanda ibu kota sejak siap dibina pada 2007, maklum timbalan perdana menteri.
SHAH ALAM, 5 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda dua daerah di negeri ini iaitu Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 6 petang.
SHAH ALAM, 5 DIS: Bidang pendidikan harus menjadi asas pembangunan baharu kepada Selangor bagi memastikan negeri menjadi lebih lestari dan kekal sebagai gedung ekonomi.
SHAH ALAM, 5 DIS: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mengenal pasti sebanyak 4,619 lokasi titik panas banjir di seluruh negara.
SHAH ALAM, 5 DIS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mencadangkan mahkamah khas untuk mempercepatkan perbicaraan serta hukuman berkaitan kes rasuah.
SHAH ALAM, 5 DIS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berharap bahagian utara negeri bermula dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam, dapat dibangunkan sebagai hab makanan.
SHAH ALAM, 5 DIS: Seramai 23,957 murid terjejas banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir (PPS) susulan Monsun Timur Laut (MTL) sejak 5 November lepas.
SHAH ALAM, 5 DIS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mendesak penyelesaian segera kes serangan asid membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim dan mengenal pasti pelakunya.
SHAH ALAM, 5 DIS: Hukuman berat perlu dikenakan terhadap pembuli bagi membendung salah laku tersebut di sekolah dan universiti, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
SHAH ALAM, 5 DIS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi amaran tegas kepada mana-mana pendakwah supaya tidak merendahkan agama lain.
KUALA LUMPUR, 5 DIS: Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.