ad

Tourism Selangor meriahkan acara Keretapi Sarong 2025

13 Sep 2025, 7:11 AM
Tourism Selangor meriahkan acara Keretapi Sarong 2025
Tourism Selangor meriahkan acara Keretapi Sarong 2025
Tourism Selangor meriahkan acara Keretapi Sarong 2025

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Tourism Selangor buat julung kali menyertai program Keretapi Sarong yang sinonim dengan sambutan Hari Malaysia, sekali gus memeriahkan penganjuran tahun ini.

Hampir 1,000 peserta berhimpun di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sri Damansara Sentral sebagai tempat berkumpul sejak jam 7 pagi sebelum bergerak ke lokasi utama yang dirahsiakan.

Hadir sama memeriahkan acara ialah EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling.

Para peserta Keretapi Sarong 2025 menyertai acara tari memeriahkan acara Keretapi Sarong 2025 di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan Massa (MRT) Sri Damansara Sentral, Kepong pada 13 september 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Peserta Keretapi Sarong dikejutkan dengan persembahan istimewa penyanyi popular, Aizat Amdan juga Duta Pelancongan Selangor serta pukulan gendang Drum Circle oleh Globdcircle Entertainment.

Tambah meriah apabila Tourism Selangor turut membawa khas penari daripada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor serta Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor.

Bermula jam 9 pagi kesemua peserta menaiki MRT ke lokasi utama iaitu di Tun Razak Exchange. Terdahulu dilaporkan, seramai 18,000 peserta dijangka menyertai edisi kesembilan Keretapi Sarong 2025 bertemakan 'Serumpun’.

Belakang dari kiri, Siti Khadijah Maisarah Mukhtar, 18 dan Zailani Awang Long, 46. Depan, Mohd Azrol Awang Long, 35

Acara Keretapi Sarong mula diperkenalkan komuniti LOCCO Malaysia pada 2012 dan menjadi tradisi tahunan sempena Hari Malaysia.

Pemilihan sarung sebagai tema kempen kerana budaya pemakaian kain sarung merupakan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

RapidKL, selaku penaja utama program itu memaklumkan perjalanan Keretapi Sarong 2025 bermula dari 10 stesen Rapid KL.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.