KUALA LUMPUR, 21 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar dan tetap meneruskan penguatkuasaan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Kelantan meskipun terdapat ancaman pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
KUALA LUMPUR, 21 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama pengamal media tempatan dan luar negara, bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara yang berkaitan dasar kerajaan serta pelbagai isu semasa dan masa depan Malaysia.
SUBANG, 21 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan agar segala naratif berkaitan pemprofilan perkauman dalam isu pemberian bantuan dan usaha pembasmian kemiskinan tegar di negara ini dihentikan segera.
SHAH ALAM, 21 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Hulu Langat di Selangor hingga 9 malam.
SUBANG JAYA, 21 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan Kerajaan MADANI mempunyai kelebihan memenangi pilihan raya umum (PRU) jika diadakan dalam tempoh terdekat.
SUBANG, 21 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
PUTRAJAYA, 21 DIS: Negara merekodkan 916,821 kemasukan pelawat India sepanjang tempoh setahun pengecualian visa bagi rakyat negara itu, bermula 1 Disember 2023 hingga 1 Disember 2024, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
SHAH ALAM, 21 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah agama di Serdang dekat sini dihentikan serta-merta susulan insiden seorang murid maut dipercayai terkena renjatan elektrik.
SUBANG, 21 DIS: Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi pesara dan penerima pencen terbitan yang menikmati PKKP, dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
JOHOR BAHRU, 21 DIS: Satu sindiket pemerdagangan manusia yang mengenakan bayaran RM13,000 setiap seorang kepada warga Bangladesh tumpas selepas sebuah rumah transit di Larkin Indah di sini diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Khamis lepas.
KUANTAN, 21 DIS: Sebanyak RM8 juta diperuntuk tahun depan bagi melaksana program pembangunan mahasiswa anak Selangor, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 21 DIS: Amaran hujan lebat, ribut petir, angin kencang dijangka melanda empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak sehingga 4 petang hari ini.
PUTRAJAYA, 21 DIS: Aliran trafik di lebuh raya utama dijangka meningkat dengan ketara mencecah 2.55 juta kenderaan sehari menuju ke wilayah timur, utara, dan selatan, sempena cuti sambutan Krismas dan cuti sekolah hujung tahun.
PUTRAJAYA, 21 DIS: Statistik Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan 3,275 kes insiden di laut melibatkan 16,420 mangsa dari 2006 hingga semalam.
KUALA LUMPUR, 21 DIS: Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada 23 dan 24 Dis ini sempena perayaan Hari Krismas.
SHAH ALAM, 21 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda lima daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat sehingga 12 tengah hari ini.
KUCHING, 21 DIS: Syarikat bas ekspres diingatkan untuk menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh, khususnya sepanjang musim perayaan ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
KUALA TERENGGANU, 20 DIS: Seorang pemandu lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 141 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi tadi ditahan polis kerana positif dadah.
GEORGE TOWN, 20 DIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua lelaki tempatan yang dilaporkan hilang di perairan pantai Kerachut, Sungai Pinang di sini Isnin lepas.
SHAH ALAM, 20 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan lapan individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran Tuhan Harun dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.