KUALA LUMPUR, 7 JAN: Kementerian Luar hari ini mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal pada pagi Selasa.
OLEH DANIAL DZULKIFLY SHAH ALAM, 7 JAN: Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan stabil tahun ini, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan antara 4.0 hingga 5.5 peratus. Pakar ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata ramalan itu berikutan pertumbuhan ekonomi negara...
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) berkuat kuasa pada 19 Disember lepas terhadap enam tajuk penerbitan yang mungkin memudaratkan kemoralan.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
SHAH ALAM, 7 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur serta daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 10 pagi.
KUALA LANGAT, 7 JAN: Pelan Rancangan Pembangunan Komprehensif Lembah Klang Raya Selangor (SGKV) dijadual siap menjelang hujung tahun ini sekali gus merealisasi bandar metropolitan pertama negara.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Proton Holdings Bhd menamatkan tahun 2024 dengan mencatat jualan tertinggi selepas berjaya menjual 14,601 unit kenderaan pada Disember, peningkatan 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya dan merupakan angka jualan kedua tertinggi untuk tahun itu.
GEORGE TOWN, 6 JAN: Mayat seorang lelaki warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dalam Sungai Pinang berdekatan Masjid Kampung Rawa di sini hari ini.
SHAH ALAM, 6 JAN: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan hingga 10 malam.
KANGAR, 6 JAN: Kuih kapit tradisional buatan Kamsiah Tahir, 65, dari Kampung Seberang Tokpi di Kuala Perlis dekat sini yang diwarisi sejak 1984 daripada Allahyarham ibunya mendapat tempat di hati pelanggan pelbagai kaum terutama pada musim perayaan, seperti Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,341 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 (ME52) dengan satu kematian berbanding 1,407 kes dan dua kematian pada minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Jabatan Penjara tidak pernah menerima sebarang perintah daripada Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya untuk membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki tempoh hukuman penjaranya di rumah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
SHAH ALAM, 6 JAN: Tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal alami cuaca buruk hingga 7 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
SEREMBAN, 6 JAN: Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Seremban–Kuala Pilah (Bukit Putus) pada 6.45 petang semalam.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini (9 Jan) sehingga 13 Jan depan.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memfokuskan usaha menangani isu kenderaan berat dengan muatan berlebihan khususnya menerusi aspek perundangan tahun ini, kata menterinya Anthony Loke.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Penggunaan kamera badan untuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
KLUANG, 6 JAN: Seorang wanita maut manakala lapan individu cedera setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dengan sebuah lori di KM86 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, dekat sini malam tadi.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Mahkamah Rayuan hari ini memulakan prosiding bagi mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum, dengan pendengaran permohonan pihak pembelaan mengemukakan bukti tambahan.
SHAH ALAM, 6 JAN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak merit semakan kehakiman oleh pengarah dan penerbit Mentega Terbang terhadap larangan tayangan dan publisiti filem itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.